DIPTYQUE EAU ROSE DE PARFUM
Diptyque mengangkat martabat bunga mawar menerusi haruman edisi terhad terbarunya, Eau Rose Eau De Parfum. Haruman ini mendapat sentuhan pakar haruman, Fabrice Pellegrin yang mana mengolah semula dua haruman berasaskan mawar Diptyque yang diperkenalkan sebelum ini.
Menambah kelainan kepada minyak wangi ini, Fabrice dan Diptyque menambah sedikit percikan bau buah-buahan bersama aroma segar chamomile. Haruman Eau Rose Eau De PArfum menggunakan bunga mawar firad sebagai bahan utamanya, yang mana konsep dan jiwa haruman ini adalah bersifat moden.