RANGKAIAN AROMA ROS DARIPADA JO MALONE
Jo Malone mengangkat martabat bunga ros bulan ini dengan membariskan empat haruman yang memanipulasi keasyikan bunga terindah itu. Red Roses, sebotol haruman yang menggabungkan tujuh jenis bunga mawar. Manakala Velvet Rose & Oud, dari namanya saya dapat mengagak betapa seksinya bau haruman ini. Ia menggunakan bunga mawar damask yang cukup eksklusif.
Jo Malone turut melengkapkan rangkaian ini dengan Rose & Magnolia dan Rose Blush yang mana ia meramukan kelopak mawar rona merah samar bersama basil. Pasti feminin baunya. Kesemuanya hadir dalam saiz 50ml.