Penghidratan seharusnya menjadi keutamaan dalam penjagaan kulit bulan puasa ini, dan ini 5 produk pilihan EH! untuk dicuba.
Dr.Jart+ Pore•remedy™ PHA Exfoliating Serum
Salah satu cara untuk mengembalikan wajah nan segar adalah dengan proses pengelupasan. Tapi bukanlah pengelupasan yang menggunakan merkuri yang jelasnya membahayakan kulit. Ada pelbagai produk pengelupasan yang berkesand an selamat, dan yang terbaru Dr. Jart+ memperkenalkan Dr.Jart+ Pore•remedy™ PHA Exfoliating Serum yang boleh digunakan setiap hari untuk pengelupasan lembut dan selamat.
Serum ini memperbaharui kanvas kulit dengan lembut, lantas menjadikan tekstur yang baharu lebih lembut, berseri dan tanpa mengeringkan kulit.
Pore•remedy™ PHA Exfoliating Serum teksturnya tidak melekit dan diformulakan dengan PHA, panthenol dan minyak biji macadamia yang menyingkirkan sel kulit mati tanpa menyebabkan iritasi mahupun mengeringkan kulit. Pori wajah juga lebih rapat serta kelembapan kulit turut dipertingkatkan. Minyak biji macadamia pula berkesan untuk mengawal penghasilan minyak di wajah.
Bukan sahaja serum, Dr. Jart+ turut melengkapkan rangkaian ini dengan Dermask™ Pore•remedy™ Purifying Mud Mask. Pupur dalam bentuk topeng ini mengandungi PHA, tanah liat hijau dan garam laut yang bermanfaat untuk membersihkan pori dan meningkatkan penghidratan. Ia juga bagus untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan melindungi kulit dari bakteria yang lazimnya menjadi punca jerawat.