Laneige Water Bank Blue Hyaluronic Cream, RM 180
Sepanjang bulan Ramadan, dalam hal penjagaan kulit, penghidratan adalah fokus utama. Kurangnya pengambilan air akan menjejaskan kelembapan kulit, jadi penjagaan ekstra diperlukan. Laneige memang terkenal dengan produk penghidratannya menerusi koleksi Water Bank. Kini label kecantikan dari Korea ini hadir dengan Laneige Water Bank Blue Hyaluronic Cream yang diformulakan dengan asid hyaluronik biru yang bermanfaat untuk melembapkan kulit dengan lebih dalam malah menguatkan penghadang kulit serta merawat kerosakan kulit.