Drunk Elephant A-Gloei Maretinol Oil, RM330
Sebotol produk yang dipadatkan dengan retinol vegan, minyak dara marula dan ceramide dengan manfaat mencantikkan tekstur kulit, meminimumkan garis halus, pigmentasi, jerawat dan juga kerosakan akibat pancaran matahari.
Sesetengah orang memang sedikit gerun bila terdengar bahan kecantikan yang mengandungi retinol, walaupun ia berkesan sebagai bahan anti-penuaan, namun adakalanya ia boleh menyebabkan wajah ditumbuhi jerawat. Tetapi jika betul cara penggunaan dan tepat produknya, hal ini boleh dielakkan. Drunk Elephant A-Gloei Maretinol Oil direka dengan teliti, dicipta hasil kajian kesesuaiannya dengan semua jenis kulit. Ia diformulakan dengan minyak amrula yang secara lembutnya menyalurkan retinol ke kulit, sekaligus memastikan kulit tidak terkesan dengan tanda kemerahan mahupun sebarang iritasi.