Anastasia Beverly Hills Dewy Set Setting Spray, RM130
Jika mahu menyegarkan wajah yang lesu atau kering sepanjang puasa, ini antara yang boleh anda cuba. Biarpun ia dinamakan sebagai ‘setting spray’, usah silap, selain sebagai penyedia kulit sebelum bersolek atau sebagai semburan pengakhir bersolek, semburan ini juga bagus untuk ‘mengejutkan’ kulit yang tidak bermaya. Baunya campuran vanila dan kelapa, menyuntik kesegaran. Ia juga bagus untuk anda yang mahukan efek solekan dewy, berkilat bagai dipanah cahaya mentari. Dapatkannya di Sephora.