Dari syampu, serum juga sikat, kami bariskan lima produk baharu dari jenama yang terdapat di Sephora untuk anda cuba!
Lelaki atau perempuan, memang cukup prihatin tentang rambut. Malah sepanjang saya bekerja di meja editorial, saya perhatikan selebriti lelaki memang cukup cerewet dengan rambut. Mereka lebih pentingkan soal dandanan rambut, mereka mahu rambut buat mereka nampak kacak. Sebab itu kalau kita lihat hari ini ramai selebriti lelaki sudah mengupah pendandan rambut untuk mana-mana persembahan atau melintasi karpet merah.
Sephora menganjurkan satu acara meperkenalkan produk baharu mereka sepmpena musim bunga 2022, dan dari persembahan ini, kami pilihkan anda lima produk untuk rambut terbaru dari Sephora untuk dicuba. Saya mahu cuba kesemuanya!
Percy & Reed Give Me Strength Hair Mask, RM150
Dalam banyak-banyak produk Percy & Reed, ini antara yang membuat saya teruja untuk mencubanya. Saya pernah menggunakan pupur rambut dari jenama yang berpusat di London ini, dan ya saya memang sukakannya.
Percy & Reed Give Me Strength Hair Mask, pupur rambut yang bertindak menjaga rambut dan kulit kepala, yang memperkuatkan rambut, melembutkan fiber rambut juga memperbaiki teksturnya sekaligus membuatkan rambut lebih bersinar. Masalah seperti rambut bercabang juga boleh diperbaiki selain melindungi rambut yang diwarnakan. Kulit kepala juga mendapat manfaat daripada pupur ini.
Antara bahan yang membuatkan pupur ini mewah dengan manfaat ialah lidah buaya (aloe vera), vitamin E, sweet white lupine yang berkesan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Cara penggunaannya mudah, hanya sapukan pada rambut yang dicuci bersih dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas hingga bersih.