Ouai Detox Shampoo
Bagi anda yang sering menggunakan produk penggayaan rambut seperti penyembur rambut, gel mahupun wax, disarankan untuk anda mencuba Ouai Detox Shampoo ini. Sama seperti dalaman kita, rambut juga perlu menjalani proses detoks untuk membersihkannya secara menyeluruh. Sisa produk penggayaan rambut yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan masalah kulit kepala khususnya, seperti pori rambut tersumbat.
Syampu ini mengandungi agen chelating yang membantu menyingkirkan metal, mineral dan klorin yang boleh menyebabkan kerosakan rambut termasuklah membuatkan warnanya kusam. Turut ada cuka epal yang bertindak untuk mengelupaskan serta menyingkir kupingan di kulit kepala dan bahan-bahan terkumpul di kulit kepala.
Cara menggunakannya sama sahaja seperti penggunaan syampu biasa. Sapukan pada rambut yang sudah dibasahkan, dan sebaiknya pastikan syampu ini menyentuh kulit kepala. Biarkan ia selama tiga minit. Kemudian barulah dibilas dan diletakkan perapi.