Virtue Labs Repairing Oil, RM165
Serum ini perlu digoncang sebelum digunakan untuk mengaktifkan protein yang terkandung di dalamnya. Ia diperhebat dengan minyak rawatan yang mengandungi Alpha Keratin 60ku pada setiap kali aplikasi. Virtue Repairing Oils diformulakan dengan minyak biji Kalahari Melon yang mengandungi vitamin E untuk melindungi rambut dari kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran.
Ia juga mengandungi khasiat buah kelapa dan ekstrak bunga gardenia dan yuzu. Biarpun hadir dalam tekstur minyak namun ia tidak menyebabkan rambut rasa melekit. Boleh disapukan apda rambut yang lembap mahupun kering. Hasilnya rambut tampil lebih berkilat, sihat dan terlindungi dari punca kerosakan rambut. Seratus peratus wanita yang mencuba produk ini berpendapat minyak rawatan ini membuatkan rambut mereka tampak lebih berkilat sihat sebaik menggunakannya.
Kesemua produk ini boleh didapati di stor Sephora atau secara dalam talian di SINI!