Melihat perkahwinan Diraja Putera Harry dan Meghan Markle buatkan ramai yang tertanya apakah rahsia kecantikan kulit The Duchess of Sussex ini. Jadi, ini jawapannya.
Banyak yang perlu dipelajari dari The Duchess of Sussex ini. Tidak hanya pernah bergelar seorang aktres sebelum ini, malah dia juga pernah mempunyai laman web sendiri yang bergelar The Tig (kini telah ditutup).
Menerusi laman blog itu, Meghan turut pernah berkolaborasi dengan jenama kecantikan Birchbox. Ketika kolaborasi itu, Meghan ada berkongsi rahsia kecantikannya yang dipelajarinya sendiri selama dia bergelar aktres.
Mungkin sedikit sebanyak ia dapat memberikan anda inspirasi kecantikan dan jika ada yang mahukan wajah tampak lebih berseri semula jadi dari solekan tebal.