Menerusi edisi kempen mata 2021, Chanel tampilkan koleksi terbaru lebih bersifat tahan lama, ultra-resistant kala berekspresi diri.
Mata merupakan aset utama malah ia lambang personaliti peribadi anda. Solekan pula bermain emosi dan mood dan pabila tergabung ianya mencetus kelainan pada wajah individu. Melalui kajian ini, maka tercetuslah inspirasi disebalik koleksi terbaru Chanel yakni produk kalis air yang dapat memberi kehidupan selesa untuk setiap wanita tanpa risau kerana solekan bersifat tahan lama.
LE STYLO YEUX WATERPROOF
Ekspres gaya lengkap anda dengan segaris sempurna STYLO YEUX WATERPOOF. Hadir dengan 14 warna berbeza mengikut pilihan individu tetapi hanya 7 warna baru diperkenalkan untuk kempen mata Chanel 2021 . Tambahan warna ini bersifat timeless dan universal seperti teman baik yang sering bersama kala hujan ataupun panas. Produk penggaris mata versatil ini punya ketahanan yang tinggi terutama terhadap air, cuaca, sebum dan tidak comot.
Cara penggunaan pula adalah pelbagai dan meninggalkan pilihan yang banyak bagaimana cara pemakaiannya. Samada secara segaris rona pada mata untuk gaya natural, calit sebagai kohl (celak) atau serlahkan mata sofitikasi dengan tebalkan garisan pengaris mata ini sehingga ke hujung kelopak untuk efek berbeza.
Lebih lengkap bersama maskara LE VOLUME DE CHANEL WATERPROOF kerana STYLO YEUX WATERPROOF ini menaikkan semangat dan emosi lebih positif. Lebih yakin dengan wajah baru setelah disolek mata. Tidak ketinggalan melalui kempen ini juga warna terbaru menerusi kompak pembayang mata LES 4 OMBRES cipta warna harmoni.