Kini anda bisa mendapatkan ton warna rambut ashy beige dengan pewarna dan teknik terkini dari L’oreal Professionnel, dan yang pastinya telus air.
Apakah warna dan teknik mewarna rambut yang menjadi buah mulut juga idaman ramai wanita ketika ini? Tidak perlu fikir panjang, warna ‘teh susu’, adunan ton beige dan mocha adalah warna jadi buruan ketika ini. Adunan warna dalam ton serupa ini mengguna pakai teknik balayage, satu teknik yang menggunakan kemahiran pakar mewarna rambut di salon.
Majifashion, pewarna rambut terbaru oleh L’oreal Professionnel boleh dianggap sebagai satu titik noktah bagi orang Asia yang mahukan warna rambut dengan ton ashy beige. Sebelum ini agak sukar bagi orang Asia yang majoritinya berambut gelap untuk mendapatkan efek warna sebegini kerana rata-ratanya gagal memberikan efek warna yang diidamkan kerana gagal meneuteralkan sesetengah ton khususnya yang keperangan atau kemerahan. Majifashion Oolong Milk Tea dicipta khusus dengan formula yang dicipta untuk orang Asia. Ia mencipta asas warna yang cukup sempurna dalam ton ashy beige. Dan warna rambut ini hanya boleh direalisasikan menerusi sesi mewarnakan rambut yang disempurnakan oleh pendandan profesional di salon.
Berpandukan kajian, Majifashion Oolong Milk Tea diiktiraf sebagai pewarna rambut nombor satu yang menjadi pilihan wanita di Asia. Ton beige yang dihasilkan menerusi warna ini juga nampak natural hasil pengneuteralan spectrum undertone yang pertama di pasaran. Tambah menarik dan paling penting, pewarna ini telus air, sekaligus boleh digunakan tanpa ragu.
TEKNIK BALAYAGE
Pakar pendandan L’oreal Professionnel menggunakan teknik balayage untuk mendapatkan ton dan serakan warna yang lebih semula jadi. Balayage berbeza dengan satil mewarna rambut dalam ton ombre, dan sangat berbeza dengan highlight.
L’oreal Porfessionnel punya teknik tersendiri dalam mendapatkan gaya rambut balayage, dinamakan sebagai French Balayage, ia disempurnakan dengan teknik dua langkah dalam mencipta dimensi rambut yang berkilat, paduan warna yang semula jadi. Apa kelebihan French Balayage? Hasil penggayaan warnanya nampak semula jadi, diwarnakan khusus mengikut rambut anda, warnanya tahan lama, rambut tampil bersinar dan sihat.
GANDINGAN BLOND STUDIO 8 BONDER INSIDE
L’oreal Professionnel Majifashion yang kini hadir dengan ton mocha, dimewahkan dengan ton ash beige jernih yang menyeimbangkan campuran pewarna ton dingin untuk menyeimbang dan meneuteralkan ton hangat kemerahan.
Penggunaan Majifashion memerlukan dua langkah profesional yang merangkumi langkah pra-pencerahan ton rambut menggunakan Blond Studio 8 Blonder Inside. Kemudian diikuti dengan langkah kedua yakni meneutralkan ton yang tidak diingini menggunakan Majifashion 6.81 bersama Majifashion 8.81.
Blond Studio 8 Bonder Inside mengandungi pati asid sitrik yang pekat dan diadun bersama gycline bonding complex untuk mencerahkan warna dan melindungi rambut, dan semua ini dilakukan dalam satu langkah sahaja.
Beberapa pendandan rambut tersohor Malaysia yang juga merupakan duta kepada L’oreal Professionnel Artistic untuk menerokai kehebatan Majifashion. Antara yang berkongsi karya dandanan mereka ialah Bambang Soteto dari Hairkunst Hair Salon, Andy Chan dari Andy Chan Hair Studio dan juga Simon Koh, Elle Hair Studio, Academy & Cut By Elle. Berpandukan hasil mewarna menggunakan Majifashion dan teknik French Balayage yang dilangsungkan, ternyata kini impian wanita Asia yang berambut gelap memiliki warna rambut ashy beige mampu direalisasikan, dan paling penting ia hadir dengan formula telus air.
Bambang Soteto, Hairkunst Hair Salon
Bambang Soteto bukanlah nama baharu dalam dunia penggayaan rambut. Pernah menuntut ilmu mewarna, memotong dan mendandan rambut di Jerman, dia memang sudah mahir dengan bermain warna. Untuk mencipta warna rambut ala teh susu atau ashy beige, Bambang mencabar diri menggunakan teknik French Balayage bersama produk warna Majifashion Oolong Milk Tea.
Simon Koh, Elle Hair Studio, Academy & Cut By Elle
Gabungan teknik French Balayage, Majifashion Oolong Tea dan Blond Studio 8 Blonder Inside ternyata berjaya mencipta warna rambut ashy beige tanpa terlihat ton kemerahan atau perang tembaga. Ternyata ia berkesan untuk wanita Asia yang lazimnya berambut gelap, dan ini dibuktikan seperti warna yang dihasilkan oleh Simon Koh.
Andy Chan, Andy Chan Hair Studio
Warna rambut ashy beige yang dihasilkan oleh Andy chan tampak senada, transisi warnanya samar-samar tidak terlalu ketara membuatkan warna rambut keseluruhan lebih natural.