La Beaute Louis Vuitton menambah satu lagi koleksi baharu, kali ini memperkenalkan LV Crayon, pensel bibir yang akan menjadi asas penting dalam solekan harian anda.
Tanyalah mana-mana jurusolek, rutin merias bibir tak akan lengkap jika tiada pensel bibir. Bagi mereka ia adalah item penting yang perlu ada, tak ada gincu pun tak mengapa. Kerana pensel bibir boleh menyempurnakan solekan bibir walaupun tanpa gincu.
“Setiap look yang saya cipta di pementasan fesyen Louis Vuitton seringnya bermula dengan menggariskan bibir, disinilah ketepatan menjadi satu seni. LV Crayon adalah item yang seharusnya ada di tangan setiap wanita. Ia sempurna digunakan dan cantik dipegang,” kata Dame Pat McGrath, Pengarah Kreatif, Kosmetik, La Beaute Louis Vuitton.
Apa yang menarik tentang falsafah kecantikan di sebalik La Beaute Louis Vuitton ialah bagaimana mereka menghasilkan sesuatu koleksi atau produk. Mereka bukan hanya melihat ia sebagai alat kecantikan semata, ia hadir dengan kod rekaan dan setiap detil adalah cermina estetika kecantikan yang tersendiri.
Seperti yang dapat dilihat, reka bentuk kuntuman bunga monogram LV yang ikonik diabadikan pada batang pensel bibir ini. Direka oleh Konstantin Grcic, bentuk bunga ini juga membuatkan pensel bibir ini meluncur lembut menurut lekuk bibir. Tiap batang pensel ini juga dimunculkan dalam ton ombre, dan ia dicerminkan sebagai satu ciri seni biarpun pada sebatang pensel.
Kata Pat McGrath lagi, “Tekstur LV Crayon adalah sesuatu yang anda perlu cuba dan alami sendiri. Ia bagaikan mencair pada bibir, terasa seperti kulit kedua, sangat berkirm, lembut dan sangat selesa pada bibir. Paling menarik warnanya tahan lama.”
10 WARNA YANG TAHAN LAMA
“Saya percaya alat solek yang paling hebat yang ada di dalam kit jurusolek adalah yang menaikkan seri solekan tanpa menenggelamkan riasan. Warna-warna yang ada di dalam koleksi LV Crayon dicipta dengan falsafah- dari warna nude ke merah samar, setiap satunya dicipta dengan teliti, seiring dengan merah LV nan ikonik, mencipta gaya penuh drama diluar jangka,” kata Pat McGrath.
Sepuluh warna yang membarisi LV Crayon ialah 190 Beige Atlas (pic lembut), 191 Nude Reverie, warna nudę yang samar-samar, hampir sama dengan ton kulit. Bagi penggemar ton nude dalam percikan ton terracotta boleh memilih 192 Nude Quest, atau yang gemarkan ton coklat, 193 Sepia Panaroma akan memenuhi kemahuan anda.
Bagi penggemar warna merah jambu, ada beberapa ton untuk anda seperti 290 Rose Whisper dan 390 Pink Aurora, manakala bagi yang dambakan sesuatu yang lebih deep, 490 Plum Comet (ton plum gelap) atau yang lebih menyerlah dengan ton merah-jingga, 690 Burnt Sienna pilihan tepat. Mahukan yang malar segar lagi klasik, 854 Rouge Louis dan 896 Monogram Rouge tersedia untuk anda.
Koleksi LV Crayon turut disempurnakan dengan pilihan aksesori yang akan membuat koleksi anda lebih mewah, antaranya ialah berus bibir, peraut pensel bibir, beg kecil dan bekas pensel yang cukup elegan. Koleksi LV Crayon sudah pun berada di pasaran dan boleh klik laman sesawang Louis Vuitton untuk melihat penuh koleksi ini.








