M·A·C Cosmetics, jenama solekan terunggul dan profesional global menawan dunia kecantikan dengan melancarkan produk inovatif baru, Studio Radiance Serum-Powered Foundation, bedak asas dengan intipati serum merangkumi formula yang unik bersama mesej istimewa- ekspresi diri yang bebas.
Perintis jenama kecantikan yang sering meraikan kepelbagaian dan keperibadian pada semua peringkat umur dan bangsa, M·A·C Cosmetics membariskan selebriti dan pempengaruh terkenal seperti Ain Edruce, DJ Jovynn, Elyn Leong, Ash Edward, Munaa Bella dan Sonya Danita bersama tetamu jemputan lain yang hadir dalam persalinan hitam dengan pantulan keemasan di The Grounds KL.
M·A·C Cosmetics Studio Radiance Serum-Powered Foundation
M·A·C Cosmetics Studio Radiance Serum-Powered Foundation, penemuan bedak asas terbaru dalam dunia kecantikan yang menawarkan keunikan yang luar biasa. Dengan hanya satu calit, ia mencipta kulit yang tampak sempurna dengan penyerapan sebati yang tahan lama.
Liputan kemasan yang tahan selama 12 jam dengan formula emulsi mengandungi 80 peratus skin care base ini meresap ke dalam kulit untuk riasan yang lebih natural dengan 33 ramuan penjagaan kulit, termasuk larutan asid hyaluronik 10 peratus yang memberikan kulit lebih gebu, licin dan lebih berseri.
Foundation ini mengandungi campuran serum yang membantu melembap dan meremajakan kulit. Kekuatan formula serum menjadikannya bedak asas yang sangat disukai oleh ramai. Ia memberikan kelembapan yang tahan lama, menghaluskan kesan garis dan memberikan rupa kilauan semula jadi yang sihat kepada kulit.
Teknologi pintar yang mengikut keperluan kulit semasa ini dirumus dengan hanya bahan terbaik seperti minyak zaitun dan jojoba dan vitamin E membantu menyempurnakan kanvas wajah, gaya solekan semula jadi, bersahaja dan semestinya flawless!
Diuji secara klinikal terbukti bedak asas bertesktur krim ringan ini kalis lekat (transfer), kalis peluh, membantu menghidrat kulit, meningkatkan tahap penghidratan sebanyak 209 peratus lantas menyerlahkan membuat solekan tampil berseri-seri.
Menawarkan pilihan rona yang luas untuk memenuhi pelbagai ton dan rona kulit daripada kulit cerah (Fair) hingga sawo matang (Tan skin), bedak asas ringan ini juga mengaburkan penampilan pori-pori, kemerahan kulit, bintik-bintik gelap dan garis halus kering pada wajah. Reka bentuk kelongsong kaca ini menyuntik semangat desain couture yang sememangnya lambang utama jenama kecantikan terkemuka ini.
Campuran yang dibuat daripada zarah mutiara perak dan emas yang direka untuk melengkapkan pelbagai rona memenuhi kedua-dua ton kulit yang cerah dan bercahaya.
Untuk memastikan ia sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit kombinasi hingga kering, asas ini dirumuskan dengan teliti dan dibungkus menggunakan botol plastik boleh dikitar semula, penutup plastik diperbuat daripada 30% PCR, kertas yang boleh dikitar semula dan bebas daripada formaldehid, minyak mineral, SLS/SLES, paraben, phthalates, petrolatum dan bahan-bahan yang berasal dari haiwan.
M·A·C Cosmetics meraikan rangkaian terbaru mereka, Studio Radiance Serum-Powered Foundation, bedak asas yang digabungkan dengan inovasi serum. Keraian sempena pelancaran koleksi ini turut dihadiri personaliti terkenal, Ain Edruce, DJ Jovynn, Elyn Leong, Ash Edward, Munaa Bella dan Sonya Danita.
Keraian acara pelancaran ini turut menyaksikan tetamu disambut oleh ‘patung’ emas hidup yang dilukis pada tubuh berbaluti emas. Di penjuru dinding, terdapat meja solekan Glow Up Lounge yang dibantu oleh pakar solekan M·A·C Cosmetics sendiri, membantu tetamu mengenali ton bedak asas yang sepadan dengan warna kulit mereka.
Antara rakaman momen yang menarik perhatian, Ain Edruce berkongsi pengalamannya menggunakan bedak asas ini, “Memandangkan gaya hidup saya amat sibuk, saya amat memerlukan bedak asas yang tahan lama.”
“M·A·C Cosmetics Studio Radiance Serum-Powered Foundation membantu menutupi celah pori dan kesan bintik hitam. Ia terasa ringan pada kulit, membuatkan kulit saya kelihatan berseri dan bercahaya walaupun saya kurang tidur!”- Ain Edruce
DJ dan pempengaruh, Jovynn, juga menyenangi dengan kemasan bedak asas Studio Radiance Serum-Powered Foundation, “Setiap kali saya membuat persembahan, saya pasti memilih bedak asas yang akan bertahan sepanjang malam. Tahan peluh serta anti pemindahan antara ciri yang saya cari dalam bedak asas kerana kerja saya memerlukan stamina yang tinggi.”
“Ternyata M·A·C Cosmetics Studio Radiance Serum-Powered Foundation mampu melakukan semua itu dan ia memastikan solekan pada wajah saya kekal dan tidak comot atau pudar.”- Jovynn.
Dapatkan produk kecantikan ini di semua stor fizikal M·A·C Cosmetics di seluruh negara dan stor dalam talian DISINI. Untuk kekal update dengan tawaran dan informasi terkini, ikuti mereka di Facebook dan Instagram.
Berita gembira buat penggemar kosmetik, M·A·C Cosmetics bakal melangsungkan pop up Studio Radiance Serum -Powered Foundation di Sunway Pyramid berhampiran pintu masuk utama dari 9 sehingga 15 Oktober 2023.
Pelbagai aktiviti menarik dan tawaran hadiah yang menyeronokkan menanti anda. Sertai dan rasa pengalaman secara peribadi Studio Radiance Foundation dengan bantuan khas pakar solekan M·A·C Cosmetics.