Transformasi pada gaya rambut terbaik adalah pada warnanya. Majifashion daripada L’Oréal Professionnel menjadi pilihan ramai wanita Asia terutamanya kerana formulanya telus air.
Bulan puasa yang menjelma dan disusuli dengan kemunculan Aidilfitri, dan pastinya Hari Raya tahun ini sangat dinantikan yang mana inilah detik terbaik untuk meraikan kejayaan menjalani ibadat puasa dan pastinya untuk merapatkan silaturahim sesama keluarga, saudara dan teman-teman.
Bulan Ramadan dilihat sebagai detik yang tepat untuk kita membanyakan masa untuk diri sendiri. Rutin harian yang mungkin sedikit berbeza berbanding bulan-bulan yang lain, Ramadan itu sendiri datang dengan 1001 rahmat dan hikmah. Inilah masa untuk kita merapikan diri baik mental mahupun fizikal.
Bulan puasa juga tidak seharusnya menghentikan kita dari melakukan rejim kecantikan khususnya penjagaan diri. Malah, kita sebenarnya harus melebihkan belaian diri kerana apabila puasa kita disarankan memberi tumpuan kepada hal penghidratan, selain kulit, rambut juga terkesan dengan dehidrasi. Jika tidak diambil perhatian, rambut mudah kering dan gugur. Jadi, belaian perlu digandakan supaya rambut kekal menyerlah Syawal nanti. Seperti yang selalu orang kata rambut itu mahkota setiap wanita, jadi pastinya dandanannya lebih ekstra Syawal nanti. Bagi yang mahu tampil lebih istimewa atau mentransformasi gaya mereka, mewarnakan rambut adalah rahsia untuk penampilan yang lebih segar.
MAJIFASHION, PEWARNA RAMBUT TELUS AIR
L’Oréal Professionnel memperkenalkan Majifashion yakni pewarna rambut yang menjadi pilihan ramai, yang mana pewarnanya tampil bersinar tanpa membuatkan rambut tampak kering dan kusam. Lagi satu, faktor utama yang membuatkan pewarna Majifashion menjadi pilihan adalah kerana ia telus air, dan hal ini membuatkan sesiapa sahaja boleh mewarnakan rambut tanpa rasa ragu.
Majifashion sememangnya dicipta untuk orang Asia kerana ramuan yang digunakan (di salon) mampu merealisasikan apa sahaja warna yang dipilih. Sebelum ini tidak banyak jenama yang mampu menjadikan warna impian wanita Asia satu realiti kerana kondisi dan warna rambut wanita Asia yang majoritinya berwarna gelap menjadi penghalang untuk sesetengah warna tertentu menjadi, misalnya ton ashy beige atau oolong tea.
DUA TON BUAT NIA ATASHA & BATRISYIA RAZAK
Kami mengundang dua model dan juga influencer terkenal, Nia Atasha dan Batrisyia Razak untuk mengalami sendiri pengalaman mewarna rambut menggunakan Majifashion. Kami pilihkan Nia ton oolong tea dan diwarnakan dengan teknik French balayage yang membuatkan ton warnanya nampak lembut dan senada. Pilihan warna ini juga sangat sepadan dengan ton kulit dan raut atau bentuk wajahnya. Potongan rambut paras bahu Nia membuatkan warna rambut ini lebih chic dan fun!
Batrisyia tidak pernah mewarnakan rambut. Ini adalah pengalaman sulungnya, kami sendiri terkejut apabila Batrisyia sudi untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. “Saya memang sudah lama mahu mewarnakan rambut, saya cuma perlu ada alasan yang tepat untuk melakukannya,” katanya.
Rambut Batrisyia diwarnakan dengan ton azure, ton biru. Tidak diwarnakan semua, sebaliknya sebahagian sahaja diwarnakan dengan ton sedemikian. Walaupun begitu Batrisyia perlu menjalani proses meluntur warna rambut pada keseluruhan rambut agar ton warna untuknya tampak lebih kemas dan lembut. Hasilnya, ton ini menaikkan lagi seri kulitnya, permainan warnanya membuat bingkai wajahnya lebih menonjol. Sesekali bila dia menghanyun rambut atau membelai rambutnya dengan jemari runcingnya, akan terlihat helaian rambutnya yang diwarnakan.
GANDINGAN BLOND STUDIO 8 BONDER INSIDE
Penggunaan Majifashion memerlukan dua langkah profesional yang merangkumi langkah pra-pencerahan ton rambut menggunakan Blond Studio 8 Bonder Inside. Kemudian diikuti dengan langkah kedua yakni mewarnakan rambut menggunakan Majifashion 6.81 bersama Majifashion 8.81.
Blond Studio 8 Bonder Inside mengandungi pati asid sitrik yang pekat dan diadun bersama gycline bonding complex untuk mencerahkan warna dan melindungi rambut, dan semua ini dilakukan dalam satu langkah sahaja.
RAWATAN PENJAGAAN
Lazimnya bila mewarnakan rambut, penjagaan khusus menggunakan produk tertentu adalah satu keperluan. Samalah juga apabila mewarnakan rambut menggunakan Majifashion dari L’Oréal Professionnel. Ada rangkaian juga produk yang boleh digunakan berpandukan kondisi rambut anda. Antara yang produk yang menjadi ‘bintang’ utama dalam penjagaan rambut di L’Oréal Professionnel ialah rangkaian Vitamino Color, ia merangkumi dari produk mencuci hinggalah pupur rambut.
Pilihan EH! Vitamino Color 10-In-1 Professional Milk
Semburan pelbagai manfaat dan guna ini boleh disembur pada rambut tanpa perlu dibilas. Ia bagus untuk menguatkan rambut daripada mudah putus. Ia juga melindungi warna selain menghidratkan rambut sembilan kali ganda. Semburan ini juga boleh dijadikan sebagai pelindung kepada rambut seandainya anda kerap menggunakan alat dandanan rambut yang bersuhu panas. Semburan ini juga anti bahang serta anti pencemaran. Ia memastikan rambut kekal terurus dan tidak mudah mengerbang.
Pilihan EH! Serioxyl Denser Hair Serum
Serum inovatif, Serioxyl Denser oleh L’Oréal Professionnel, ialah penawar harian yang mampu melebatkan rambut. Ia mengandungi teknologi yang mengguna pakai Stemoxydine dan Resvératrol untuk melebatkan rambut. Stemoxydine adalah molekul yang dipatenkan serta mengandungi lima peratus pati yang menyuburkan folikel untuk menghasilkan rambut baharu. Resveratol pula sejenis antioksidan yang merangsang dan memperkuatkan lagi keberkesanan Stemoxydine pada kulit kepala, lantas kesannya dapat dilihat dengan lebih cepat.
Cara menggunakannya, titiskan serum ini (sebanyak empat pipet) bergantung kepada kelebatan rambut. Titiskan terus pada kulit kepala dan urut lembut sehingga serum diserap dengan baik. Usah bilas rambut dan biarkan ia kering secara semula jadi. Disarankan menggunakannya pada waktu malam. Perubahan dapat dilihat dan dialami dalam masa enam minggu.
Nia menggunakan produk ini untuk mengekalkan kelebatan dan volum rambutnya, cukup sempurna sebagai produk penjagaan rambut sepanjang Ramadan agar rambutnya kekal volum menjelang Hari Raya. Penggunaan yang berterusan bagus untuk memelihara rambut dari berhadapan dengan masalah keguguran sekaligus menggalakkan pertumbuhan rambut.