Bioré melancarkan dua produk ikonik pelindung matahari yang mengetengahkan inovasi Unique Outer Skin & teknologi Tough Boost, perlindungan sehingga ke lapisan permukaan kulit.
Tidak asing lagi, antara jenama kegemaran pelindung matahari yang anda harus miliki dalam ritual kecantikan harian, Bioré, jenama penjagaan kulit No.1 Jepun, mempunyai kepakaran berdekadnya dalam menyelesaikan masalah pelindungan kulit dengan pelbagai manfaat dari inovasi terkini. Diketahui umum, bahawa corak penjagaan kulit terkini lebih mementingkan penjagaan pori, lapisan kulit dan tekstur wajah agar ia terlindung daripada sinaran bahaya UV matahari.
Tambahan pula, kepentingan pelindung muka atau signifikasi bahasa tular yang difahami kini, sunscreen penting dalam rutin penjagaan kulit kerana ia berfungsi untuk melindungi kulit kita daripada sinaran matahari seperti UVA dan UVB. Ia juga dapat melindungi protein yang ada di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen.
Kulit kita terdiri daripada tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan juga lemak. Lapisan yang paling penting adalah lapisan epidermis di mana ia berfungsi untuk melindungi kita daripada sinaran UV dan juga cahaya terik matahari. Apabila kita terdedah kepada sinar UV dan matahari, sel sel di bahagian bawah epidermis secara tidak langsung akan bertindak sensitif dan akan membuatkan kulit kita rasa kasar dan terancam. Tidak terhenti di situ, beberapa sel di lapisan epidermis turut menjadikan warna kulit kelihatan gelap dan menyebabkan kulit anda mengalami masalah jeragat atau mempunyai tona warna kulit yang tidak sekata.
Situasi diatas menunjukkan betapa pentingnya pelindung muka (Sunscreen) dalam rutin penjagaan kulit. Jika anda masih belum temui produk pelindung muka suai kulit, jangan risau kerana Bioré menawarkan kompromasi yang sempurna buat semua jenis kulit, dirumus khas dengan kehadiran bahan baharu, Unique Outer Skin & teknologi Tough Boost, perlindungan sehingga ke dasar kulit.
Bioré UV Athlizm Skin Protect Essence SPF50+ PA++++
Pelindung matahari Bioré UV Athlizm Skin Protect Essence SPF50+ PA++++ dengan teknologi Tough Boost, diuji untuk memberikan perlindungan terhadap peluh, air, geseran walaupun di bawah suhu 40℃ & kelembapan yang tinggi. Tekstur krim susu sentuhan lembut, licin, tidak melekit, dan cepat meresap ini dapat membantu meratakan tona kulit dan sesuai untuk aktiviti luar sama ada di darat atau di dalam air.
- Untuk aplikasi muka & badan
- Tekstur pati krim ringan meresap ke dalam kulit dengan cepat
- Formula kalis air selama 80 minit
- Mengandungi Asid Hyaluronik & ekstrak Royal Jelly untuk menghasilkan kulit yang lembap
- Sesuai digunakan sebagai alas solekan
Bioré UV Athlizm Skin Protect Spray SPF50+ PA++++
Rangkaian Bioré UV Athlizm merangkumi pakej perlindungan muka yang sempurna buat wanita moden dan yang aktif. Diformulasikan dalam tekstur sembur (spray), Bioré UV Athlizm Skin Protect Spray SPF50+ UV dicipta dengan intipati kandungan kalis air, kalis peluh dan penggunaan tahan lama selama 80minit. Diuji menahani tekanan suhu tinggi (40℃), pelindung muka (sunscreen) ini membantu melembapkan kulit anda sehingga 75% walaupun berada di bawah terik matahari. Kandungan bahan yang unik; Outer Skin & Tough Boost Tech, memberikan rasa semburan yang ringan, mudah meresap ke dalam kulit tanpa sebarang kesan yang melekit.
- Jenis semburan dengan tekstur tidak melekit & merebak cepat ke muka & badan secukupnya
- Meninggalkan kesan rupa kulit yang licin tanpa rasa melekit
- Formula kalis air – selama 80 minit
- Sesuai digunakan sebagai alas solekan
Kata Pengarang
Jujur saya katakan, pelindung matahari Bioré kali ini memuaskan hati dan lebih intimasi penyerapannya ke kulit. Perkara utama yang ingin saya kupas tentang Bioré UV Athlizm Skin Protect Essence SPF50+ PA++++, semestinya tekstur yang ditawarkannya menepati cita rasa yang selalu saya inginkan dan cari dalam produk kecantikan muka pelindung UV matahari. Tekstur yang ringan berwarna krim putih dan sedikit rasa air ini diformulasi dengan sekali calit terus resap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit ataupun kesan haba panas.
Sebaliknya, ia meninggalkan kesan glowing dan sejuk terus, suai dipakai ketika berada di luar dengan cuaca tinggi haba matahari. Perkara kedua yang saya ingin kupas selain, Bioré UV Athlizm Skin Protect Essence SPF50+ PA++++, juga mempunyai bau haruman yang melekat dari penggunaan pagi sehingga ke petang.
Manakala buat yang ingin ke pantai dan ingin buat aktiviti lasak tanpa mencemarkan kuman tangan ke muka, anda boleh amalkan Bioré UV Athlizm Skin Protect Spray SPF50+ PA++++, tersedia dalam tekstur semburan pelindung matahari. Hanya sembur pada muka dan tempat yang ingin ditujui, sentuhan Unik Outer Skin & teknologi Tough Boost, pasti memberi hasil yang berkesan dan tahan lama pada permukaan wajah.
Formula yang tersemat dalam kedua produk Bioré ini definisi sesuai buat mereka yang mempunyai masalah kulit kerana ia dapat melindungi kulit daripada kegatalan dan kerangsangan kulit merah. Turut ditawarkan dengan pelindungan terbaik dengan SPF 50+ daripada sinaran UVA dan UVB, kesegaran kekal seharian ini membantu mengawal punca anti-melekit dan anti-dedah kepada matahari. Berikan wajah kulit anda rasa segar dan yakin untuk berjalan tanpa risau dengan Bioré, pengalaman pelindungan muka yang eksklusif dengan pembelian pilihan penjagaan muka di Watsons. Untuk maklumat terkini, ikuti Instagram @BioreMalaysia dan laman sesawang Facebook.
Artikel berkaitan: 5 Trend Solekan Bakal Viral 2023