Pendendang lagu tular ‘Beggin’, kumpulan Maneskin muncul di kempen terbaru Gucci Aria, lengkap berias dengan Gucci Beauty.
Jika diperhatikand alam carta lagu di seluruh dunia mahupun di aplikasi muzik seperti Spotify dan Apple Music, saya percaya lagu ‘Beggin’ dendangan Maneskin pasti ada dalam senarai 10 tangga teratas. Lagu ini sejujurnya saya kenali menerusi aplikasi TikTok dan saya percaya aplikasi itu yang menjadi salah satu faktor mengapa lagu ini mencetus fenomena.
Populariti kumpulan ini telah memberikan ilham buat Alessandro Michele, pengarah kreatif Gucci untuk menampilkan kumpulan yang dianggotai oleh Damiano David, Victoria De Angelis, Thomas Raggi dan Ethan Torchio ini menjadi sebahagian wajah utama untuk kempen terbaru Gucci, Aria.
Kempen terkini rumah fesyen Itali itu masih kental mengekalkan identiti Gucci hari ini yang agak berbeza dari stail tipikal juga konservatif, dan ini dilihat seiring dengan imej kumpulan ini sendiri.
Selain ilham helaian Alesandro yang menangkap mata, saya tertarik melihat gaya solekan keempat-empat hali kumpulan ini. Fokusnya pada mata, tampil hitam pekat bercelak. Untuk kanvas wajah, wajah mereka disapu rata dengan Fluide De Beauté Fini Nature iaitu bedak asas Gucci Beauty yang ditampilkan dengan kemasan semula jadi. Menjadikan solekan ini lebih semula jadi, kulit dilapisi dengan Poudre De Beauté Mat Naturel, iaitu bedak yang bertindak membuat kemasan bedak asas tadi tampil pusam, tidak berminyak-minyak selain mengunci solekan untuk tahan lebih lama.
Untuk membingkaikan wajah, kening semestinya harus dibentuk kemas dan rapi. Jurusolek di set penggambaran ini menggunakan Stylo À Sourcils Waterproof, pensel kening versatil yang boleh dibega-bega gelap warnanya. Seperti saya katakan tadi, solekan ini menumpukan apda gaya mata galak dan gelap, itu semua adalah hasil gabungan Rouge à Lèvres Satin in 700 Crystal Black t dan pensel mata Stylo Contour des Yeux kalis air. Turut digunakan ialah L’Obscur Mascara.
Satu-satunya wanita yang menganggotai kumpulan ini, Victoria pula tampil bergincu merah menyala Rouge à Lèvres Mat (25 Goldie Red), dan untuk menonjolkan lagi bentuk bibirnya, jurusolek melukis bibir Victoria dengan pensel bibir Crayon Contour des Lèvres.
#GucciBeauty #GucciAria
Baca: Dyson Supersonic™ Membelai Kulit Kepala Wanita Berhijab