Tertumpu pada kajian ginseng, produk Sulwhasoo antara yang dilihat berpadanan dan berkesan dengan kulit Asia.
Saya kira saya telah melakukan satu kesilapan sejak PKP dijalankan sejak tahun lalu, dan saya mula lihat kesannya sekarang. Mentang-mentang sekadar duduk di rumah sahaja, jadi saya kurang ambil tahu tentang penjagaan kulit. Mungkin kerana jarang sekali keluar rumah, maka kadang-kadang jugalah saya menyapu serum dan krim pelembap pada muka. Sesekali saya memakai pupur itupun bila kulit trasa sangat kering. Menyedari kesilapan itu, kebelakangan ini makin Kerap saya menyapu serum dan pelembap walaupun sekadar di dalam rumah. Krim mata juga tidak saya lupakan. Menginjak usia 40 tahun kurang dari dua tahun sekarang, saya mula sedar saya tidak boleh ‘ponteng’ membelai kulit. Buat masa ini rangkaian anti-penuaan jadi tumpuan.
Saya kira tidak ramai orang bertuah ada kulit cantik, yang tidak sensitif, yang jika cuci pakai sabun mandi pun kulitnya masih elok. Memang ada orang yang dikurniakan kelebihan begitu dan saya perasan rata-ratanya lelaki. Dan saya bukanlah dari kalangan orang yang sebertuah itu makan saya yang kurang bertuah ini kenalah usaha dan jaga. Memelihara kulit bukanlah datang dari satu punca sahaja, ia menyeluruh, gaya hidup dan disiplin penjagaan diri yang harus diutamakan. Produk yang bagus harus disokong dengan pemakanan, aktviti kecergasan, rehat dan tidur yang cukup.
Jika dilihat dari segi pemilihan produk pula, ia mengambil masa dan juga percubaan untuk kita ketemu yang bagus dan bersesuaian dengan kulit. Hari ini ramai yang lebih selesa menggunakan produk dari label Asia kerana inovasinya dicipta berpandukan kesesuaian dengan kulit orang Asia sendiri. Jenama kosmetik dari Korea antara yang mendominasi. Salah satu yang menjadi pilihan ialah Sulwhasoo (ia jenama kesukaan ibu saya juga). Tertumpu pada kajian ginseng, produk Sulwhasso antara yang dilihat berpadanan dan berkesan dengan kulit Asia.
Manfaat Ginseng Dalam Kecantikan
Sulwhasoo menjalankan kajian lebih dari lima dekad ke atas ginseng dan terbaru penemuan hasil kajian itu diabadikan dalam Concentrated Ginseng Renewing Cream EX generasi kelima. Semenjak mula diperkenalkan, produk anti-penuaan ini pantas menawan jiwa wanita Asia, khususnya di Korea sehingga ini krim ini ditabalkan sebagai produk anti-penuaan nombor satu di sana.
Concentrated Ginseng Renewing Cream EX memberi tumpuan kepada tiga bahagian dalam menentang kesan penuaan awal. Antara kunci utama bahan produk ini ialah GinsenomicsTM, yang bertindak menentang kitaran biasa penuaan dengan mengembalikan semula kemampuan kulit untuk berhadapan dengan faktor luaran yang menjadi penyebab munculnya kesan penuaan. Ia punya formula untuk menghasilkan struktur protein kulit dan merawat kehilangan kolagen di bawah lapisan kulit. Ia juga mengandungi ginseng peptide untuk menguatkan lapisan pertahanan kulit untuk bertahan 24 jam.
Concentrated Ginseng Renewing Cream EX hadir dalam dua pilihan iaitu Concentrated Ginseng Renewing Cream EX yang mana teksturnya lebih ringan, mudah diserap kulit dan disegarkan dengan bau-bau hijauan segar sería aroma manis dari bunga-bungaan. Concentrated Ginseng Renewing Cream EX Classic pula teksturnya lebih pekat dan kesan lembapnya pada kulit segera dirasai. Pilihan ini lebih sesuai dioles pada waktu malam.