Cubalah trik penting ini apabila anda memakai maskara. Lihat sendiri perbezaannya.
Kalaulah saya perempuan dan jika diminta memilih satu sahaja alat solek untuk digunakan sepanjang hayat, saya akan pilih maskara. Kenapa? Kerana maskara boleh membuat mata yang kuyu, penat dan lesu nampak bermaya. Bukankah orang selalu kata ‘dari mata turun ke hati’, jadi mata kenalah nampak segar dan cergas. Mata itu juga tingkap kepada jiwa kita. Di sini saya kongsikan tujuh tip memakai maskara yang sebahagiannya anda sendiri tidak sedar ia memang membawa efek berbeza bila anda menyapu maskara. Cubalah!
1- Seeloknya bila memakai maskara, letakkan cermin di atas meja. Berbanding cermin di dinding, cermin di atas meja memudahkan kita menyapu maskara apabila kita memandang ke bawah. Dengan cara ini tangan lebih selesa dan tidak kekok, dan kita mudah melihat bentuk bulu mata kita. Trik ini juga boleh dilakukan untuk memakai bulu mata palsu.
2- Usah lupa menyapu maskara bahagian atas mulu mata juga. Dan rasanya ramai yang sudah maklum dengan trik ini yang mana ia bertindak untuk memastikan seluruh bulu mata mendapat litupan maskara yang penuh.
3- Jika mahukan helaian bulu mata yang lebih tebal, selepas menyapu maskara pada sapuan pertama, ambil berus pemayang mata dan serakkan sedikit bedak dan kemudian salut kembali bulu mata dengan maskara. Teknik ini boleh juga diaplikasikan jika anda mahukan efek bulu mata yang clumpy atau berketul-ketul.
4- Tukar maskara baru selepas tiga bulan. Namun jika belum sampai tiga bulan maskara sudah seakan kering atau berketul, tutup ketat maskara dan rendamkan seketika dalam air panas. Cara ini akan membantu mencarikan sedikit tekstur maskara.
5-Memang kita disarankan tidak pam batang maskara berkali-kali kerana ia membuatkan maskara dimasuki angina lantas kering. Namun apa cara untuk memastikan bulu maskara dibaluti dengan isi maskara? Anda hanya perlu masukkan batang maskara dan pusing berkali-kali.
6- Jangan pandang enteng kepada pengepit bulu mata, percayalah perbezaannya ada antara bulu mata yang dikepit dengan eyelash curler dengan yang tidak. Jurusolek biasanya akan memulakan solekan dengan mengepit bulu mata kemudian disapu dengan primer dan selepas itu abrulah disapu dengan maskara.
7- Usah takut untuk mencampur-campurkan jenis maskara. Setiap maskara punya formula berbeza untuk hasil yang berlainan. Ada yang untuk memanjang, melebat dan menebalkan. Tidak salah menggabungkan kesemuanya untuk efek bulu mata yang lebih menonjol.
Artikel Berkaitan: 9 Maskara Paling Ikonik, Popular, Laris, Disukai Jurusolek dan Digemari Selebriti
MASKARA TERBARU DI PASARAN
BITE Upswing Full-Volume Mascara
Hadir dengan fungsi mencipta efek bulu mata yang lebih lentik, lebat, lebih volum dan panjang. Maskara ini diperbuat menggunakan bahan semula jadi dan bebas gluten dan sebarang kekejaman kepada haiwan. Ia menggunakan lilin (wax) dari kupasan buah beri. Harganya RM129.
Young & Glow Wings Up Mascara
Label kecantikan lokal ini menjalin kolaborasi dengan influencer terkenal, Athisha Khan yang mana maskara dengan sentuhan elemen rama-rama pada bekasnya ini dimewahkan dengan vitamin E, minyak dan menggunakan natural beeswax sebagai bahan utama. Miliki pada harga RM39.