Buat pertama kalinnya EH! bersama-sama jenama kecantikan global Kylie Cosmetics bakal mengadakan masterclass ekslusif khas buat pembaca setia EH!
Dunia kecantikan sentiasa berkembang, namun sesetengah peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup dan buat pertama kalinya, EH! berganding bahu bersama jenama kecantikan global, Kylie Cosmetics, untuk menganjurkan satu sesi masterclass eksklusif yang pastinya akan mencuri perhatian peminat setia dunia solekan.
Bertempat di The 8 Ounce, Exchange TRX, acara istimewa ini bakal berlangsung pada 20 Jun 2025, menghimpunkan suasana intim, elegan dan penuh inspirasi buat tujuh pembaca bertuah EH!
Acara istimewa ini membuka peluang eksklusif kepada para pencinta dunia solekan untuk mendalami seni solekan profesional dalam suasana yang lebih intim dan peribadi. Sesi berdurasi dua jam ini akan dipimpin oleh jurusolek profesional berpengalaman, yang akan membimbing peserta secara peribadi, dari teknik membina asas wajah yang sempurna sehinggalah ke seni memilih rona solekan yang benar-benar menyerlahkan tona kulit menggunakan produk Skint Tint dari Kylie Cosmetics.
Bukan itu sahaja, setiap peserta juga akan membawa pulang cenderahati eksklusif bernilai RM280 sebagai tanda kenangan dari pengalaman istimewa ini. Dengan yuran penyertaan serendah RM30 seorang atau RM50 untuk dua orang, bengkel ini menjanjikan suasana yang lebih intim kerana tempat adalah terhad kepada tujuh pembaca bertuah EH! sahaja. Daftarlah segera dan alami pengalaman kecantikan eksklusif ini bersama EH! dan Kylie cosmetic.
Butiran penuh adalah seperti berikut:
Terma & Syarat
- Lengkapkan butiran anda dan klik ‘Sertai Kami!’.
- Hanya 7 pembaca EH! bertuah yang terpilih akan dihubungi dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 48 jam.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua wanita warga Malaysia yang berumur antara 18-44 tahun sahaja.
- Pihak EH! dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama dan gambar peserta untuk tujuan promosi dan publisiti.
Isi maklumat anda di bawah untuk menyertai bengkel Solekan EH! x Kylie Cosmetics
Artikel Berkaitan: Tip Miliki Badan Cantik Persis Kylie Jenner