Selain dikenali menerusi gaya fesyen yang sentiasa menjadi perhatian, Maya Letisha turut membina namanya sebagai salah seorang trendsetter muda yang berani bereksperimen dengan penampilan. Melalui perkongsiannya di media sosial, Maya sering mengetengahkan kecantikan sebagai satu bentuk ekspresi diri daripada pilihan solekan, rutin penjagaan kulit sehinggalah inspirasi gaya harian.
Mempunyai minat mendalam terhadap dunia kreatif, Maya pernah melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang berkaitan fesyen dan komunikasi. Latar belakangnya dalam Fashion Business, Digital Communication & Media di Istituto Marangoni London memberinya perspektif lebih luas mengenai industri fesyen serta bagaimana imej dan kandungan digital memainkan peranan dalam membentuk identiti seseorang.
Sempena musim Beauty Awards, EH! menjemput pempengaruh digital berkongsi produk kecantikan yang benar-benar menjadi pilihan mereka. Kali ini, Maya Letisha mendedahkan sepuluh produk yang sentiasa menjadi andalan dalam rutin hariannya daripada penjagaan kulit, solekan sehinggalah penjagaan rambut.
1. Serum Pilihan: Numbuzin No.3 Super Glowing Essence Toner
Untuk mendapatkan kulit yang kelihatan sihat dan berseri, Maya memilih Numbuzin No.3 Super Glowing Essence Toner. Diperkaya dengan bahan yang membantu melembapkan dan memperbaiki tekstur kulit, produk ini menjadi langkah penting dalam rutin penjagaan kulitnya sebelum memakai solekan.

2. Pelembap Pilihan: SKIN1004 Madagascar Centella Probio-Cica Enrich Cream
Bagi mengekalkan kulit yang lembap dan selesa, Maya mempercayai SKIN1004 Madagascar Centella Probio-Cica Enrich Cream. Diformulasikan dengan ekstrak Centella Asiatica serta Probio-Cica, pelembap ini membantu menenangkan kulit, menyokong skin barrier dan memberikan hidrasi berpanjangan.

3. Contour Pilihan: Kylie Cosmetics Pressed Bronzing Powder
Untuk memberikan dimensi pada wajah, Kylie Cosmetics Pressed Bronzing Powder menjadi pilihan Maya. Teksturnya mudah dibaurkan dan memberikan efek bronzed yang semula jadi tanpa kelihatan terlalu heavy.

4. Eyeliner Pilihan: MAC Cosmetics Brushstroke 24-Hour Liner
Maya memilih MAC Cosmetics Brushstroke 24-Hour Liner untuk mendapatkan garisan mata yang lebih kemas dan tahan lama. Dengan aplikator berus yang halus serta formula yang membantu mengurangkan risiko comot, eyeliner ini sesuai untuk solekan harian mahupun penampilan yang lebih glamor.

5. Maskara Pilihan: Kosas Soulgazer Mascara
Untuk bulu mata yang lebih panjang, lentik dan terpisah dengan cantik, Maya menggunakan Kosas Soulgazer Mascara. Formulanya memberikan efek bulu mata yang lebih natural sambil menambah volume tanpa bergumpal.

6. Lip Liner Pilihan: REFY Blur Liner dalam rona Opal
Melengkapkan solekan bibirnya, Maya memilih REFY Blur Liner dalam rona Opal. Teksturnya yang lembut memudahkan aplikasi serta membantu menghasilkan bentuk bibir yang lebih kemas dengan efek lembut dan natural.

7. Gincu Pilihan: Fenty Beauty Gloss Bomb Stix dalam rona Blaz’d Donut
Bagi sentuhan akhir yang memberikan efek bibir lebih bersinar, Maya memilih Fenty Beauty Gloss Bomb Stix dalam rona Blaz’d Donut. Dengan kemasan berkilat serta formula yang melembapkan, produk ini memberikan penampilan bibir yang lebih penuh tanpa rasa melekit.

8. Setting Spray Pilihan: Urban Decay All Nighter
Antara produk ikonik yang menjadi pilihan Maya ialah Urban Decay All Nighter Setting Spray. Dikenali dengan keupayaannya membantu mengekalkan solekan lebih lama, setting spray ini menjadi langkah akhir penting untuk memastikan solekan kekal kemas sepanjang hari.

9. Syampu Pilihan: OUAI Detox Shampoo
Bukan sahaja memberi perhatian kepada kulit dan solekan, Maya turut menitikberatkan penjagaan rambut. OUAI Detox Shampoo menjadi pilihannya untuk membantu membersihkan lebihan produk, minyak dan kekotoran, sekali gus membuatkan rambut terasa lebih ringan, segar dan bersih selepas cucian.

10. Alat Penggayaan Rambut Pilihan: Dyson Airstrait
Untuk mendapatkan rambut yang lebih licin dan kemas, Maya memilih Dyson Airstrait. Teknologi inovatif ini menggunakan aliran udara berkuasa tinggi untuk membantu meluruskan rambut dengan penggunaan haba yang lebih terkawal, sekali gus membantu mengurangkan risiko kerosakan akibat suhu tinggi.

Artikel Berkaitan: #EHTOP20 Maya Letisha
