Maybelline yang memiliki jutaan peminat seluruh dunia, kini menampilkan barisan model dengan wajah dan karakter yang begitu bertenaga dalam memperkenalkan koleksi kosmetik baru!
Siapakah mereka? Usah tunggu lagi, choose tab untuk melihat wajah dengan solekan eksentrik dan wild serta hasil fotografi menakjubkan ini.
[tab:Si Gadis Parti]Si Gadis Parti
Jika anda penggemar parti, gaya yang dibawa model dengan attitude, Erin Wasson, boleh menjadi inspirasi menarik buat anda. Tidak kira sama ada pakaian ala maskulin mahupun feminin yang disarung, Erin tetap kelihatan anggun. Hiasan pewarna kuku diiringi aksesori sarat emas pula mampu menaikkan lagi aura fierce! Jika gaya berani ini yang digemari anda, sertai peraduan ‘Undi Gaya Solekan Pilihan Anda’ dan rebut peluang untuk memenangi kosmetik Maybelline bernilai RM200!
Stephane Lancien, Penggaya Rambut
Stephane Lancien sememangnya dilahirkan sebagai seorang pendandan rambut. Menyedari minatnya yang mendalam terhadap kemahiran itu, Stephane tidak teragak untuk menuntut di salah sebuah akademi dandanan rambut sejak zaman remajanya. Tekad dengan impiannya itu, anak kelahiran Perancis ini kemudiannya bekerja dengan pendandan rambut terkenal, Jean-Marc Maniatis.
Bagai ditakdirkan, Maniatis memperkenalkan Stephane kepada dunia fesyen dan kecantikan. Selama 20 tahun, Stephane meniti perjalanan yang membawanya kepada suatu pencapaian menakjubkan hingga tersenarai di kalangan A-list di Eropah dan serata dunia. Malah, Stephane juga menjadi antara orang paling penting di sebalik Paris Fashion Week tanpa henti. Kini, Stephane menjadi pilihan Maybelline selama beberapa tahun untuk iklan komersil di televisyen mahupun majalah. |
“Pasukan ini ternyata fabulous dan projek kalender tentunya antara pengalaman paling menyeronokkan. Bukan sahaja saya berasa terharu kerana dipilih untuk meneraju projek ini, tetapi gambar-gambar yang diambil juga mencipta imej yang gila dan daring! Setiap orang membawa kemahiran artistik yang luarbiasa. Saya tidak sabar untuk menantikan kalender seterusnya!“.