Pengasas label kecantikan Tatcha, Vicky Tsai berkongsi tip membahagikan masa antara perniagaan dan anak, dan mencuri masa untuk self-care!
Vicky Tsai meninggalkan kerjayanya di dunia korporat selepas lebih sedekad bergelanggang di dunia penuh persaingan itu, yang menyebabkan dia hilang motivasi, tertekan yang akhirnya menyebabkan dia mengalami dermatitis, membuatkan hidupnya bergantung dengan steroid dan antibiotik.
Wanita Taiwan-Amerika ini mengasaskan Tatcha selepas kembaranya ke Kyoto menemukannya dengan bahan kecantikan semula jadi yang betul-betul efektif dalam membelai wajah. Ikuti temubual EH! bersama Vicky Tsai, tentang bagaimana dia meraikan diri dan juga membenih kasih sayang kepada anak juga perniagaannya.
Bagaimana anak kamu memberi inspirasi kepada diri kamu di tempat kerja juga kehidupan seharian?
Anak perempuan saya baru mencecah 12 tahun, saya lihat pada usia permulaan remaja ini banyak berkait dengan soal mencari identiti. Ia secara tidak langsung membuatkan saya mahu reflek kepada identiti diri saya sendiri. Kita sibuk meletakkan label pada diri kita- sebagai ahli perniagaan, isteri, ibu, kakak, Asian American, tetapi sebenarnya ada beza antara label dan identiti. Saat ini dia menganalisa siapa dirinya, apa yang dia percaya, apa pegangannya, di mana dia berasa paling selesa. Saya melihat dia sedang mencari diri dan cuba untuk bersikap terbuka dan memikirkan tentang diri saya juga.
Adakah kamu pernah terasa seperti melebihkan kerja dari anak sendiri? Jika ya, bagaimana kamu mengatasi rasa sebegitu?
Saya rasa menguruskan pernaigaan dan memiliki seorang anak, samalah seperti mempunyai beberapa orang anak, salah seorangnya akan mahukan perhatian yang lebih. Paling penting adalah untuk menentukan jurangnya. Apabila saya bekerja saya saya tidak memikirkan apa yang tidak saya lakukan sebagai seorang ibu. Saya betul-betul berada di tempat kerja dan melunaskan tanggungjawab saya. Kemudian bila saya di rumah, anak saya tahu makan malam adalah salah satu waktu yang mana saya akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada dia. Dia tak perlu laukan apa-apa untuk mendapatkan perhatian saya.
Apa yang kamu suka bila bergelar seorang ibu?
Ada sesuatu yang sangat mendalam tentang kasih kepada anak-anak. Rasanya lebih dalam dari cinta kepada diri sendiri, ia adalah kisah cinta terhebat dalam hidup kita. Perkara yang hebat tentang anak-anak ialah mereka penuh dengan keajaiban. Apabila kita membesar, kita kadang-kadang kehilangan rasa teruja itu, tetapi apabila mempunyai anak, kita seakan dapat mengembalikan rasa yang sama seperti zaman kanak-kanak. Sebagai contoh, pada musim sejuk yang lalu kami tidak mempunyai apa-apa aktiviti untuk dilakukan kerana COVID, dan anak perempuan saya akan menarik saya keluar sewaktu salji turun, dan menyuruh saya berbaring semata-mata untuk dia memeriksa kepingan salji di atas perut saya. Ia satu momen yang cukup berharga, mengingatkan saya untuk ‘berhenti’ dan menghargai hal-hal kecil tapi besar maknanya.
Bagaimana kamu mencari masa untuk diri sendiri, masa untuk ‘me time’?
Tanpa ritual, saya akan tersesat. Saya pastikan untuk mencara masa beberapa minit, pagi dan malam, untuk ‘berhubung’ dengan diri saya sendiri. Saya seorang yang suka bangun awal, lazimnya saya bangun antara 4:45 dan 5:15 pagi setiap hari secara semula jadi, inilah satu-satunya masa yang sangat menenangkan! Momen ini adalah penting bagi saya, pandemik betul-betul membuatkan saya sedar pentingnya untuk menjaga diri sendiri.
Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya, menunjukkan betapa pentingnya menjaga dan menyayangi diri sendiri. Kadang-kadang kami akan melakukan ritual penjagaan kulit bersama-sama. Saya suka mencuri-curi pandang, melihat dia meniru gerakan saya dengan menepuk mukanya. Baginya aktiviti sebegini menyeronokan, dan dia belajar cara menjaga organ terbesar tubuhnya, yakni kulit! Ritual penjagaan kulit saya melibatkan langkah yang paling mudah. Mulakan hari dengan The Texture Tonic untuk menghaluskan tekstur kulit saya kerana ia berfungsi dengan baik untuk menyamaratakan ton kulit dan memastikan ia tenang. Satu lagi rahsia kulit yang sihat adalah dengan menyubur dan melembapkan kulit, yang The Water Cream sentiasa menjadi idea yang baik. Ia sangat ringan dan membuat kulit bercahaya setiap hari.
BACA: Enam ‘Looks’ MET Gala Yang Patut Dibincangkan