Di celah-celah kesibukannya memenuhi rencana kerjaya sebagai aktres, bintang ‘Dukun Diva’ ini masih mencari ruang peribadi untuk ‘me time’. Baginya itulah terapi terbaik.
Di ruang suite Four Points by Sheraton Chinatown, kami seisi kru EH! Berkumpul bersama aktres petit, Eyka Farhana. Seperti biasa kehadiran Eyka memang menyenangkan, suasana penggambaran sentiasa diselit gelak tawa. Eyka yang sering ditemani adik yang juga merangkap pembantunya dirias Shiyo Joo dan didandan oleh Miedy Daniel. Tidak perlu bersolek tebal kerana Eyka sendiri memiliki kulit yang cantik. Guna pelembap dan serum sahaja rasanya seri wajahnya sudah naik.
Menurut Eyka, biarpun pada hari cutinya dia tidak pernah meninggalkan rejim penjagaan kulitnya. Jika tidak keluar rumah sekali pun dia masih setia memakai serum dan pelembap. Penjagaan diri itu seharusnya menjadi satu rutin bukan sekadar keperluan apabila kita perlu keluar, ia juga satu cara kita menjaga kebersihan.
Jika meneliti foto-fotonya di media sosial khususnya Instagram, kita akan perasan Eyka adalah seorang yang cukup bersederhana dalam bersolek. Wajahnya sering saja dicalit dengan ton semula jadi, tidak terlalu tebal mahupun bercalit warna-warna garang. Namun sesekali dia bergincu bold, wajahnya nampak berbeza, menonjolkan karakter berbeza. Samalah dengan penggambaran ini, kami calitkan bibirnya dengan lip and cheek dari No 1 de Chanel, satu salap yang sesuai dijadikan gincu dan pemerah pipi. Ini antara item yang sering saja sold out di Chanel.
Kongsi Eyka juga, disebabkan dia sibuk dengan penggambaran, dia cukup menghargai hari cutinya. Baginya itulah masa terbaik untuk dia bersendiri. Baginya ‘me time; sangat penting untuk dia merehatkan fizikal dan mentalnya. Tapi sesekali dia juga ambil peluang mana-mana hari tidak bekerja untuk bertemu dengan keluarga dan teman-teman. Masa agak terbatas tapi mesti ada ruang untuk diluangkan bersama keluarga.
PILIHAN EH!
Red Camellia Revitalizing Serum
Ia dicipta untuk mengelakkan lima tanda penuaan dan ia mengandungi 76 peratus bahan manfaat bunga camelia. Teksturnya jernih dan mudah diserap kulit. Sapukan serum ini pada wajah yang sudah disapu rata dengan losen, Red Camellia Revitalizing Lotion.
Red Camellia Serum-In-Mist
N°1 de Chanel juga disempurnakan dengan semburan wajah Red Camellia Serum-In-Mist, yang mana air camelia bertindak melindungi kulit dari pencemaran. Boleh juga dijadikan sebagai semburan wajah usai siap bersolek.
Red Camellia Lip and Cheek Balm
Kami terpesona dengan dua produk ini, tekstur bedak asasnya ringan dan boleh dioles dengan mudah biarpun menggunakan jari. Mudah sekali meratakannya. Salap pipi dan bibirnya juga menarik, dibarisi beberapa warna yang chic.
Dapatkan himpuna No 1 De Chanel di SINI!
Baca: “Lakukan Apa Sahaja Yang Membahagiakan,”- Shalma Ainaa