Memiliki rambut panjang yang cantik adalah idaman setiap wanita. Tetapi menjaganya tidak semudah yang disangka. Rambut panjang memerlukan perhatian yang lebih bagi mengekalkan kesihatannya.
Gambar: homehaircuts.com
1. Sekurang-kurangnya satu atau dua kali dalam tempoh dua bulan rambut perlu di trim bagi mengelakkan hujungnya bercabang dan rosak. Jika hujung rambut tidak sihat, ia mungkin melambatkan pertumbuhan rambut anda.
Gambar: simple.wikipedia.org
2. Apabila mengikat rambut, elakkan dari menggunakan getah pembungkus makanan sebaliknya gunakan getah yang dibalut dengan fabrik. Jangan ikat rambut anda terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan rambut patah di bahagian tengah.
3. Gunakan serum setiap hari bagi memberikan nutrien untuk rambut yang jauh dari kulit kepala. Serum juga boleh menghindari rambut anda dari menjadi kering dan kusam.
4. Rambut sangat rapuh apabila dalam keadaan basah. Jadi jangan keringkan rambut menggunakan tuala dengan terlalu kasar kerana rambut mudah patah ketika proses itu.