Ultra Facial Cream, RM135 (50ml)
Masih segar-bugar di ingatan pengalaman saya bersama Kiehl’s terbang ke Finland untuk menguji sendiri keberkesanan krim pelembap ini. Bayangkanlah, pada suhu mencecah negatif 20 darjah selsius, krim ini masih mampu melindungi kulit dari kering. Rahsianya? Tentulah formula yang ditemui sendiri oleh Kiehl’s, iaitu squalane, yakni yang diekstrak daripada buah zaitun. Teksturnya ringan, digunakan di Malaysia pun masih sesuai, wajah tidak terasa berat atau melekit.