Calendula Herbal Extract Toner, RM162 (230ml)
Penyegar ini memang jadi kesukaan ramai. Tanyalah mana-mana peminat keihl’s, ini sudah jadi must have bagi mereka. Malah ia juga produk nombor satu kesukaan Cammie Canella, naib presiden pendidikan global dan pengalaman pelanggan Kiehl’s sendiri. Kata Cammie, dia punya kulit kombinasi, penyegar ini membantu menyeimbangkan minyak pada kulitnya dan dalam masa yang sama membuat kulit berasa nyaman. Dia menggunakannya dua kali sehari.