Midnight Recovery Concentrate Face Oil, RM345 (50ml)
Saya masih ingat lagi, kali pertama saya ke New York bersama Kiehl’s pada tahun 2013 salah satu tujuannya adalah untuk memperkenalkan Midnight Recovery Concentrate Face Oil. Ia mengandungi minyak esensi lavender dan diadun bersama evening primrose oil yang mana kedua-duanya bertindak untuk merawat kulit sewaktu kita beradu. Walaupun minyak, teksturnya tetap terasa ringaan saat disapu pada wajah. Tidak melekit.