Creamy Eye Treatment with Avocado, RM142 (14ml)
Krim mata ini mewah dengan manfaat minyak avokado dan shea butter. Fungsinya? Menyelesaikan masalah mata sembap dan juga memudarkan lingkaran gelap bawah mata. Penggunaan krim ini secara konsisten akan melindungi mata dari kesan penat yang berpunca dari melihat skrin komputer atau telefon terlalu lama.