Gucci menyunting Miley Cyrus untuk kempen haruman terbarunya yang bakal menyusul pada bulan Oktober 2021 nanti.
Pelantun lagu ‘Midnight Sky’, Miley Cyrus menjadi wajah suntingan baharu Gucci Beauty apabila dia secara rasminya diumumkan sebagai wajah penghias kempen haruman terbaru Gucci Flora Gorgeous Gardenia Eau de Parfum.
Memetik kenyataan pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele, dia cukup tertarik dengan pesona Miley yang punya gabungan rock dan dalam masa yang sama cukup eklektik. “Miley Cyrus adalah artis yang punya semangat rock ’n’ roll dan dalam masa yang sama dia juga seorang yang sungguh eklektik. Saya menyanjunginya dan saya percaya dia adalah orang yang paling tepat untuk menyerap jiwa minyak wangi Gucci Flora Gorgeous Gardenia,” jelasnya.
Haruman terbaru Gucci ini adalah buah fikir Alessandro sendiri, yang mana ia adalah satu ekspresi diri, penuh optimis dan cukup asli. Karakter Miley dilihat cukup tepat untuk menterjemah penceritaan yang ingin disampaikan menerusi haruman ini. Miley seorang yang penuh dengan keceriaan, imejnya yang bersahaja, agak ‘raw’ dan itu pastinya adalah sesuatu yang segar buat Gucci sendiri. Foto-foto kempen untuk haruman ini sudah dilancarkan dan wajah ‘Hanna Montana’ ini diabadikan menerusi lensa oleh Petra Collins.
Dan dalam masa yang sama, hujung minggu lalu Miley Cyrus dilihat muncul dalam satu persembahan istimewa sempena Pride. Dalam persembahan lebih kurang satu jam itu Miley menyampaikan pelbagai lagu termasuk medley lagu nyanyian Madonna dan juga legenda Cher. Persembahan tersebut adalah khusus untuk saluran PeacockTV dan rakamannya berlangsung di Ryman Auditorium in Nashville.
Miley Cyrus cukup terbuka apabila disoal tentang seksualitinya. Walaupun sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan aktor kelahiran Australia, Liam Hemsworth, hari ini Miley seakan lebih selesa dan terbuka tentang kecenderungan nafsunya. Dalam satu temubual bersama Sirius XM’s Barstool Radio, Miley mengakui bahawa dia lebih tertarik dengan tubuh badan wanita. Baginya alat sulit lelaki tidak lebih daripada satu bentuk seni. “Girls are way hotter. We know this,” luahnya.
Tonton persembahan Miley Cyrus sempena PRIDE di bawah. Enjoy!
#FloraFantasy #GucciBeauty
Artikel Berkaitan: Kisah Lucu Disebalik Gaya Rambut Mullet Miley Cyrus