Teks : Khairul Abidin
EKSKLUSIF! Editor EH!, Khairul Abidin kini berada di Deauville, Perancis melaporkan terus pengalamannya mendekati haruman terbaru CHANEL, Les Eaux De Chanel.
Bagi saya haruman itu sesuatu yang cukup peribadi, ia punya nilai sentimental yang cukup tinggi. Satu-satu bau itu akan mengingatkan kita kepada banyak hal; menghidupkan ingatan kita kepada seseorang, meyemarakkan memori kita pada satu-satu tempat juga situasi. Haruman juga boleh menjadi identiti peribadi.
Deauville, Biarritz dan Venice merupakan tiga tempat yang menjadi kegemaran pengasas rumah fesyen Chanel sendiri, Gabrielle Chanel. Ketiga-tiga destinasi ini menyimpan cukup banyak memori Chanel. Maka lahirlah Paris-Deauville, Paris-Biarritz dan Paris-Venise, tiga aroma yang berpaksikan pada bau sitrus dan dicampakkan dengan bahan-bahan lain dalam mencipta identiti berbeza bagi ketiga-tiganya.
Dipersembahkan dalam botol yang cukup sleek namun masih mencambah elemen yang cukup mewah di sebalik keringkasannya. Les Eaux De Chanel adalah hasil kolaborasi pakar haruman ternama Olivier Polge dan Chanel Fragrance Creation and Development Laboratory. Kata kunci kepada ketiga-tiga haruman ini ialah ‘segar’. Chanel mahu sesiapa yang memakai haruman ini bisa menikmati rasa segar itu, bagaikan sedang menaiki keretapi yang melintasi destinasi yang indah lalu tingkapnya dibuka dan kepala dijulurkan untuk menghirup udara dan angin segar. Atau bagaikan ketika kita duduk di tepi pantai dan terkena percikan ombak laut yang memukul pantai, atau paling tidak sewaktu kita keluar rumah sewaktu rumput masih basah dan cahaya matahari baru mengintai di celah awan. Les Eaux De Chanel boleh dimiliki pada harga RM550.
Tiga Destinasi, Tiga Identiti