Jika sudah diperkenalkan sejak 1947 dan bertahan pula sehingga ke hari ini, masakan boleh sesiapa menidakkan betapa prestijnya haruman ini. Miss Dior mencipta sejarah apabila menjadi minyak wangi pertama diperkenalkan Christian Dior selepas beberapa tahun melancarkan rumah fesyen.
Miss Dior sudah menjadi ‘pendakap’ tubuh wanita-wanita seluruh dunia, yang pastinya haruman ini menyaksikan pelbagai momen indah dalam kehidupan seorang wanita. Miss Dior mungkin haruman yang disembur oleh wanita di hari perkahwinannya, boleh jadi menjadi pengharum sewaktu kali pertama jatuh cinta, tak musathil juga wanita menyembur Miss Dior sebelum masuk ke bilik bedah saat menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Hari ini Miss Dior sudah menjalani pelbagai transformasi, ditambah beberapa bahan lain bagi menyuntik kepelbagaian kepada aromanya tanpa menghilangkan ‘akar’ identitinya. Miss Dior asalanya dicipta dengan satu objektif yakni membawa suara Christian Dior dalam menyampaikan cita rasa fesyennya dan juga vibes pada waktu itu. Christian Dior mahu kelompok muda meraikan hidup dan menerokai cita rasa kehidupan.
Miss Dior, haruman yang Christian Dior cipta berinspirasikan adik perempuannya, Catherine Dior. Malah Catherine sendiri menyifatkan haruman ini adalah sebuah haruman muda di Dior. “Miss Dior? The young perfume of the House, forever,” katanya.
MISS DIOR PARFUM, SENTUHAN BAHARU FRANCIS KURKDJIAN
Francis Kurkdjian bukanlah nama asing dalam dunia haruman. Dia antara figura yang disanjung dalam dunia pembikinan minyak wangi, dan hari ini beruntungnya kita bila berpeluang ‘mengenali’ bagaimanakah garapan Francis buat Miss Dior. Ya, sebagai sebuah haruman yang sangat ikonik, pastinya kita mahu menghirup kesegaran baunya di tangan Francis.
Bagi Miss Dior Parfum, aromanya dipercikan dengan sentuhan buah-buahan. Bau bunga-bungaan pastinya masih beraja namun dimudakan lagi dengan sentuhan bau buah. Francis menggarap campuran kuntuman bunga melati atau jasmin sebagai bahan utama. Jasmin amatlah masyhur sebagai ramuan dalam pembuatan minyak wangi sejak kurun ke-16 lagi.
Francis menyatukan kelopak jasmin yang semerbak bersama patchouli dan bau kayu-kayan dari amber. Istimewanya, Francis menambah bauan strawberi dalam haruman ini.
Misi Francis bila diminta menggarap wajah baharu buat Miss Dior, dia mahu membawakan mesej kepada generasi muda hari ini siapa Miss Dior dalam dunia haruman sewaktu ia mula diperkenalkan. “Haruman ini juga membawa identiti unik yang mewakili personaliti Catherine Dior yang berkeyakinan dan kuat,” katanya.
Botol Miss Dior Parfum juga tampil berbeza tambahan pula reben yang digunakan pada penutup haruman bersegi ini juga sudah tampil berbeza.
Meraikan pelancaran Miss Dior Parfum, Dior Beauty membina pop-up istimewa di Suria KLCC. Jangan lupa melangkahkan kaki ke sana untuk merasai sendiri kesegaran buah tangan terbaru Miss Dior. Boleh juga dapatkan Miss Dior parfum di pautan INI!
BACA: 71 Tahun Menjadi Gincu Pilihan, Rouge Dior Yang Baharu Ada 70 Warna