Mula diperkenalkan pada tahun 1947 sebagai sebuah haruman couture, Miss Dior tahun ini berwajah baharu.
Memperkenalkan Miss Dior Eau de Parfum yang disuntik terjemahan baharu oleh pakar haruman Dior sendiri, Francois Demachy. Kata Francois, Miss Dior yang baharu ini seiring dengan siluet Dior sendiri, dicipta semula untuk wanita yang tidak pernah berasa gentar. Aroma ini diserlahkan dengan revolusi baru, lebih menggoda tanpa memudarkan identiti aslinya.
AROMA CINTA
Pabila mahu menyuntik pembaharuan pada Miss Dior, Francois mahu menebarkan elemen cinta dalam botol haruman ini.
Katanya, “menggubah haruman yang beraroma cinta adalah satu cabaran baharu. Komposisinya mestilah menerujakan, menarik dan mesra. Jadi saya mencipta haruman sarat bunga dengan memberi fokus kepada kuntuman mawar agar lebih terserlah elemen sensualnya.”
Kata Francois Demachy lagu, sejak awal terciptanya Miss Dior ia sudah menterjemah definisi sebotol haruman nan ideal yakni memikat dan punya elemen sensual. Haruman seharusnya merangsang tindak balas cinta.
Francois mengadun mesra variasi jenis bunga mawar iaitu Grasse Rose dan juga Turkish Dmaascus Rose. Miss Dior EDP juga tercipta hasil tambahan ramuan lain seperti Blood Orange, Mandarin dan Calabrian Bergamot, dan Dior turut mememanjangkan lagi senarai ramuannya dengan menokok tambah Pink Peppercorn dan Guyanese Rosewood. Miss Dior EDP RM290 (30ml), RM410 (50ml) dan RM595 (100ml).