Semburan wajah atau mist spray popular, Caudalie Beauty Elixir kini tampil dengan pesona baharu, satu botol untuk tiga fungsi.
Bekas anggota Spice Girls, Victoria Beckham cukup menggemari Caudalie Beauty Elixir. Malah beberapa tahun dahulu dia memang ada memuat naik ciapan tentang semburan ini. Caudalie from Paris gives you a glowing complexion. Use it on top of your makeup”, tulisnya dalam satu ciapan di Twitter berserta foto sebotol Beauty Elixir. Ramai juga jurusolek profesional yang saya kenali sukakan semburan ini.
Apa yang saya suka tentang semburan ini adalah aromanya. Lazimnya diri saya akan berasa cukup segar acap kali usai semburan kerana baunya memang berbeza dengan semburan wajah yang lain. Ia bukan sahaja harum dengan aroma bunga-bungaan tetapi ada aroma istimewa yang membuatkannya berbeza.
Ia mengandungi campuran kuntuman bungan ros, rosemary, salap lemon dan juga pudina. Bau pudina itulah yang membuatkan kita bagaikan terjaga dari tidur, segar serta-merta. Semburan ini 100 peratus menggunakan bahan semula jadi, dan ia adalah semburan vegan yang bebas paraben, silikon, minyak mineral atau apa sahaja bahan berunsurkan haiwan.
FUNGSI 3 DALAM 1
Boleh disembur sebelum bersolek, boleh juga dijadikan sebagai pengunci solekan (setting sporay) dan sesuai juga dijadikan sebagai semburan pada bila-bila masa untuk menyegarkan wajah.
Menerusi percubaan yang dijalankan ke atas 21 orang wanita, 100 peratus bersetuju bahawa semburan ini membuatkan pori wajah lebih rapat dengan segera.
Beuaty Elixir yang baharu ini sudah pun menjengah pasaran dan boleh didapatkan di butik Caudalie, Pavilion juga di Ken’s Aphotecary. Beauty Elixir RM205 (100ml) dan RM75 (30ml).
Baca: Supermodel Asia, Liu Wen Bintang Baharu Haruman Bvlgari