Gambar: shutterstock
Kita yang tinggal di negara yang beriklim tropika akan terdedah dengan sinaran UV yang boleh merosakkan kulit dan kerana kurang prihatin mengenai hal ini, risiko untuk kita mendapat kanser kulit adalah sangat tinggi.
Sekiranya anda mula menggunakan pelindung matahari setiap hari seawal umur 20an, anda dapat mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari dari 57% – 67% setelah mencapai umur 70 tahun.
Ramai yang tidak sanggup berhabis untuk krim yang mengandungi SPF dan melakukan banyak kajian untuk mendapatkan alternatif terbaik untuk melindungi kulit daripada sinaran UV.
Akibatnya, mereka terpedaya dengan mitos mengenai sinaran UV tanpa mengetahui kebenaran di sebaliknya. Di sini kami ingin membantu anda mendapatkan kepastian mengenai mitos tentang sinaran UV yang anda perlu tahu.
Mitos & Fakta 1
Anda tidak akan terdedah kepada sinaran UV di bawah cuaca yang mendung. Jangan percaya mengenai mitos ini. Anda masih lagi terdedah kepada sinaran UV pada hari yang mendung kerana radiasi UV boleh menembusi kabus, awan dan kabut yang tebal.
Mitos & Fakta 2
Duduk di bawah payung di tepi pantai dapat melindungi kulit daripada sinaran UV. Sebenarnya, pasir pantai berupaya memantulkan 17 peratus sinaran UV. Jadi duduk di bawah payung tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya kepada anda.
Mitos & Fakta 3
Memakai baju berlengan panjang dapat mengelak daripada sinar UV. Anda silap. Sekiranya anda memakai baju berlengan panjang yang nipis, radiasi UV masih mampu menembusinya.