Januari ini, dunia kecantikan kembali hangat dengan pelbagai momen selebriti yang mencuri perhatian internet. Sama ada di karpet merah, acara eksklusif atau sekadar perkongsian spontan di media sosial.
Daripada solekan minimal yang tampak effortless hinggalah ke gaya glam yang berani, setiap penampilan selebriti bulan ini menjadi rujukan dan inspirasi ramai. Tidak hairanlah jika setiap gaya yang ditampilkan pantas mencetus pelbagai reaksi serta perbualan hangat di internet.
Inilah himpunan momen kecantikan selebriti yang benar-benar menjadi bualan sepanjang Januari ini momen yang bukan sahaja menyerlahkan penampilan, tetapi turut mempengaruhi arah dan trend kecantikan semasa.
Era Less Is More di Karpet Merah
Karpet merah Januari tahun ini menyaksikan kebangkitan kecantikan yang ringkas namun berimpak. Kulit tampak sihat dan bercahaya, solekan mata yang lembut serta bibir natural seolah-olah menyampaikan satu mesej yang jelas keyakinan tidak perlu tampil berlebihan. Low bun, rambut belah tengah dan kemasan kulit ala “your skin but better” menjadi pilihan ramai, menandakan satu peralihan ketara daripada gaya glam berat yang mendominasi beberapa tahun lalu.
Nostalgia Glam 2016 Kembali
Tatkala estetika clean girl mendominasi pentas, segelintir selebriti memilih untuk melawan arus dengan glam throwback 2016 menampilkan kontur yang lebih defined, bulu mata tebal dan bibir nude matte. Langkah berani ini pantas mencuri perhatian, memecahkan pendapat netizen serta mencetus perbualan hangat di internet. Nostalgia 2016 membawa kita kembali ke era glam yang sarat dengan keyakinan dan ekspresi diri. Tidak hairanlah generasi hari ini kembali tertarik dengan estetika yang lebih bold, berani dan unapologetic.
Bibir Statement Menjadi Fokus
Apabila solekan mata direndahkan tonenya, bibir pula mengambil alih perhatian. Sepanjang Januari, dua ekstrem tampil mendominasi merah klasik yang berani dan gloss jernih dengan kilauan mewah. Menariknya, keseluruhan solekan dibiarkan ringkas, memberi ruang kepada bibir untuk benar-benar menjadi watak utama dalam setiap penampilan.
Artikel Berkaitan: Throwback 5 Trend Solekan 2016, We Were All Obsessed!









