Newbie harus mengambil perhatian mengenai kesalahan solekan yang bakal anda lalui ini. Jadikan ia sebagai panduan dan belajar untuk sempurnakan rutin.
Kita tidaklah punya tangan jurusolek profesional, secalit berusnya berubah wajah penuh sempurna. Newbie atau sekadar bersolek di rumah adakalanya membawa kepada kecelakaan. Mahukah anda ditegur orang, wajah tidak disolek sempurna? Semak dulu kesalahan ini dan cuba perbaiki sebaik mungkin.
Berus Solekan Tidak Dibasuh
Tahukah anda, berus solekan itu seharusnya dicuci sekerap mungkin kerana bukan sahaja ia telah mengumpul bakteria malah menyumbang kepada solekan anda tidak sekata dan tercemar. Berus yang tidak dicuci akan dipenuhi pigmen sisa solekan jadi hasilnya anda pasti tahu tidak memuaskan! Memanglah renyah untuk mencuci setiap berus tetapi luangkan masa anda sekejap untuk melakukan proses itu.
Memilih Ton Penyamar Noda Salah
Ton penyama noda sering dipakai di bawah lingkaran bawah mata untul menutup cela atau tompok hitam bawah mata. Namun, jika anda memilih ton yang salah mengundang ilusi berbeza. Seeloknya pilih warna dua ton lebih cerah daripada kulit sebenarnya.
Bedak Asas Terlalu Tebal
Trend masa kini tidak memerlukan anda untuk mengoles bedak asas terlalu tebal cukup sekadar melitupi parut jerawat dan kulit tidak sekata. Bedak asas yang tebal boleh menyebabkan kulit tampak berkerak. Tip EH cuba oleh tipis pada bahagian yang perlu sahaja seperti Zon-T.
Too Much Contouring
Jangan tiru Kim Kardashian yang gemar contouring berlebihan! Terutama jika anda mengenakan solekan harian, cuma pilih bahagian yang perlu dititikberatkan sahaja seperti bentuk bahagian bawah tulang pipi dan sisi hidung sudah memandai.
Sapuan Bronzer Seluruh Wajah
Jika impikan kulit wajah sempurna, cukup sekadar melayangkan bronzer di bahagian yang perlu. Dan elak daripada menggunakan seluruh wajah kerana ada pro and cons. Jika di bawah matahari terik wajah nampak seperti terbakar. Berpada-padalah jika ingin mencari kilauan pada wajah.
Tidak Pandai Memilih Tekstur Blusher
Blusher adalah alat solekan paling wajib dimiliki. Tanpa solekan penuh blusher atau pemerah pipi ini dapat menaikkan seri wajah. Tetapi anda harus tahu jenis tekstur dan bila kegunaannya. Jika anda sering berada di luar, jangan pilih tekstur krim kerana mudah pudar dan kulit akan tampak lebih berminyak. Manakala jenis kompak pula, jika anda punya kulit kering seeloknya tidak digalakan kerana akan menonjol kulit kering dan kedutan pada permukaan wajah.
Artikel berkaitan Tip Solekan Tahan Lama Di Sebalik Pelitup Muka