Jenama penjagaan kulit tersohor SK-II memperkenalkan siri dokumentari terbaru ‘My PITERA ™ Story’ yang menampilkan selebriti global sewaktu mereka merakam semula kempen penjagaan kulit ikonik mereka bersama PITERA™ Essence.
Masih ingat lagi tak video #BareSkinChat bersiri lima episod yang menggeletek hati, dilancarkan oleh SK-II pada tahun 2018, yang mana ia mengumpul jumlah tontonan berjuta-juta di YouTube?
Tahun ini SK-II terus menerbitkan video bersiri tentang produk terkenalnya itu, PITERA™ Essence, dan dijudulkan sebagai ‘My PITERA™ Story’. Dokumentari bersiri ini menampilkan wajah-wajah SK-II seperti Tangwei, Nini, Ayase Haruka dan Chloe Moretz yang mana empat figura ini memang sudah sinonim dengan rejim menepuk lembut wajah mereka dengan titisan ‘air ajaib’ saban hari. Dalam My PITERA™ Story, empat selebriti ini menyahut cabaran untuk memberanikan diri merakam semula kempen penjagaan kulit mereka yang paling ikonik bersama SK-II, sambil berkongsi bagaimana kulit dan kehidupan mereka telah berubah sejak botol pertama. Kami benar-benar kagum ketika mereka pertama kali mengambil gambar ‘bare skin’ atau tanpa solekan beberapa tahun yang lalu, dan jika dilihat dari gambar kempen baru ini, empat selebriti ini boleh dikatakan hampir tidak berubah sedikit pun.
Bagi saya pendekatan yang diguna pakai SK-II dalam menghasilkan kempen mereka seperti menampilkan bintangnya berwajah ‘bare skin’ cukup menarik seiring trend semasa, menyelitkan budaya pop terkini dan konsep berbeza untuk menarik minat penonton. Lagi satu, apa yang membuat ia tambah menarik, mereka bukan sekadar mahu menjual produk tetapi mereka selitkan ilmu cantik dalam penyampaian yang berbeza. Perkongsian pengalaman yang bersifat jujur dan telus penting dalam membina satu produk yang berintegriti dan diyakini.
Apabila wajah ternama seperti empat selebriti ini terus menggunakan SK-II PITERA™ Essence berbotol-botol, pasti ada kisah menarik yang membuatkan mereka terus setia. Kadang-kadang kesesuaian dan keberkesanan bukan hal pokok yang membuatkan seseorang setia, ia mestilah diiringi dengan pengalaman yang bersifat peribadi.
Artikel Berkaitan: SK-II Bawakan Pengalaman Paling Ditunggu-tunggu Di LazMall
My PITERA™ Story – Selepas Bertahun-tahun, Empat Selebriti Ini Masih Kelihatan Sama – atau Lebih Baik!
Ayase memulakan perjalanan penjagaan kulitnya dengan SK-II dan PITERA™ Essence ketika berusia 25 tahun. Selama 10 tahun ini, dia tahu bahawa PITERA™ Essence akan sentiasa mendampingi kulitnya.
“Sudah lebih 10 tahun saya menggunakan PITERA™ Essence dan ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya … Saya adalah saya dan saya mampu mengubah cara saya menjaga kulit saya kerana pertemuan ini sewaktu saya berusia 25 tahun. SK-II adalah teman saya. Itulah yang saya rasakan.”
Sejujurnya saya sendiri tidak dapat melihat perbezaan antara kempen Ayase sebelum ini dengan yang baharu ini. Dia kelihatan sama, bagai tidak dimakan usia. Tidakkah kita semua ingin dapatkan rutin atau produk penjagaan kulit yang boleh kita harapkan selalu? Bagi saya adalah sesuatu yang menakjubkan bagaimana pertemuan sulungnya dengan PITERA™ Essence telah mengubah pandangannya kepada penjagaan kulit, dan dia setia dengannya bertahun-tahun. Mungkin wajah Ayase yang tidak dimamah usia dan awet muda boleh menjadi inspirasi kepada My PITERA™ Story kita sendiri!
“10 tahun. Ya sudah 10 tahun dengan SK-II dan PITERA™ Essence sentiasa ada bersama saya. Sejak awal hingga hari ini, SK-II adalah ‘air ajaib’ saya. Saya rasa langkah pertama untuk mencintai diri sendiri bermula dengan kulit yang baik. Apabila anda belajar mencintai kulit anda, anda belajar mencintai diri sendiri. PITERA™ Essence telah mengubah kulit dan kehidupan saya. Bagi saya ia tidak boleh ditukar ganti, hanya satu.”
Apa yang paling menarik bagi saya ialah apabila Tangwei berkongsi tentang pentingnya penjagaan diri. Ia bukan hanya untuk kulit kita semata, tetapi juga diri kita, dan saya sangat terinspirasi betapa banyak kesan positif yang dimiliki PITERA™ Essence dalam kehidupannya. Ini menunjukkan bahawa penjagaan kulit yang baik bukan sekadar estetika – ia juga dapat dilihat dalam aspek lain seperti meluangkan masa untuk menjaga dan memanjakan diri sendiri.
My PITERA™ Story Tangwei unik kerana dia terus setia dengan ‘Miracle Water’ sejak 10 tahun dahulu. Walaupun terdapat banyak jenama penjagaan kulit di luar sana, saya sangat tertarik untuk mengetahui apa yang membuat Tangwei tetap setia dengan PITERA™ Essence ini. Melalui perbualan intim untuk video baharu ini, Tangwei memberitahu bahawa semangat hidupnya dan perspektif untuk menjaga kulit berubah ketika dia bertemu dengan PITERA™ Essence.
Apa yang paling membuat saya terpesona dengan Tangwei ialah semakin usianya bertambah, semakin muda wajahnya. Saya hampir tidak dapat membezakan antara poster kempen yang asal dengan yang baharu dibikin ini, dan itulah bukti kukuh betapa mujarabnya merawat kulit dengan PITERA™ Essence.
Artikel Berkaitan: SK-II dan para atlet Olimpik bersuara untuk menyingkirkan toksik persaingan dalam kecantikan
Jika anda perhatikan kulit Chloe di video siri ‘Bare Skin Chat’ dua tahun lalu, saya pasti ia mengundang cemburu kerana kulitnya memang nampak sungguh bersih, licin dan gebu. Wajahnya bagai bercahaya. Melangkah ke dunia hiburan sejak kecil, Chloe pernah mendapat kritikan dari jurusolek dan pendandan rambut di set penggambaran dan pengalamannya itu telah membuatkan dia berasa kurang yakin.
Namun, sejak Bare Skin Project, kempen pertamanya dengan SK-II pada tahun 2018, Chloe mengakui bahawa dia merasa lebih tenang dan lebih yakin dengan kulitnya: “Inilah saya, selepas hampir empat tahun sejak iklan pertama untuk Bare Skin Project, berkongsi kisah PITERA™ saya. Botol PITERA™ Essence pertama saya memberi saya keberanian untuk menunjukan wajah saya tanpa solekan di khalayak,” kata Chloe.
Lihatlah betapa mulus kulitnya! Saya tidak percaya apabila mengetahui bahawa gambar Chloe untuk kempen baharu ini tidak disunting langsung, kulitnya berseri-seri semula jadi, dia sememangnya #Skinspiration baharu saya! Lupakan pemerah pipi dan penyerlah – saya pasti yakin untuk tampil ‘bare skin’ tanpa solekan andai kulit saya berseri-seri semula jadi! Dan itulah tujuan utama penjagaan kulit, bukan? Untuk memiliki kulit yang sihat dan berseri, membuat anda gembira dan bangga dengannya.
Memiliki kulit sihat berseri memerlukan komitmen, ada antara kita dihimpit rasa bersalah kerana tidak menjaga kulit dengan baik dan sering saja menyalahkan tuntutan rutin harian sebagai alasan. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana kulitnya boleh berubah dari PITERA™ Essence pertama dan bagaimana ia memainkan peranan dalam rutin hariannya. Mungkin kita semua dapat belajar dari My PITERA ™ Story.
“Selama lebih dari tujuh tahun PITERA™ Essence mendampingi saya. Ia telah menjadi teman penting perjalanan saya, teman kerja, yang memberi saya keyakinan bahawa kulit saya akan berada dalam keadaan terbaik tanpa mengira apa jua keadaan saya,” kata Nini.
Wajahnya bagaikan tidak berubah atau menua sejak tahun 2013, ‘Air Ajaib’ ada bersamanya ke mana sahaja dia pergi. Tidak banyak jenama penjagaan kulit yang dapat bertahan dalam ujian masa, tetapi dalam My PITERA™ Story, Nini menunjukkan bagaimana PITERA™ Essence adalah ‘sahabat’ dan teman sejatinya.
Adakah gambar-gambar ini sudah menarik minat dan membuat anda teruja? Tunggu dulu, nantikan siri dokumentari ini sepenuhnya!
Keajaiban Pitera™
Bila terdengar khabar tentang siri dokumentari ‘My PITERA™ Story’ ini saya berasa teruja kerana saya pasti ada kisah menarik dalam kehidupan orang ternama. Saya percaya siri ini bukan sekadar hendak memuji-muji betapa bagusnya PITERA™ Essence- kisahnya sahih dan menarik, disampaikan dalam cara nan unik oleh SK-II, samalah seperti ‘Bare Skin Project’ dulu.
Turut dikenali sebagai Miracle Water, PITERA™ Essence merupakan inovasi kecantikan pertama dari SK-II yang formulanya masih kekal sama sejak bertahun-tahun dulu. Mengandungi 90 peratus PITERA™, ia bukan penyegar atau toner seperti yang selalu orang sangka.
Komposisi PITERA™ serupa dengan faktor pelembap kulit semula jadi (Natural Moisturizing Factors) dan sebab itulah kulit sangat mesra dengan PITERA™ Essence. Faktor pelembap semula jadi ini penting untuk melembapkan dan mengelakkan kulit menjadi kering serta menaikkan seri kulit agar nampak sihat dan segar. Tidak hairanlah ia disukai oleh berjuta-juta wanita di seluruh dunia!
Menggunakannya juga mudah, hanya titiskan dua ke tiga titis pada tapak tangan dan tepuk lembut dengan gerakan ‘pat-pat’ pada seluruh wajah, leher hingga ke tulang selangka.
Walaupun rutin penjagaan kulit yang baik membantu menjaga kesihatan kulit secara keseluruhan, kulit yang sihat dan bercahaya bukan hanya boleh diperolehi dengan produk yang baik semata, perlulah diringi dengan gaya hidup sihat seperti tidur dan rehat yang cukup, makanan yang seimbang dan kerap bersenam untuk menjaga seri wajah.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang empat selebriti ini, mahupun memulakan sendiri #MyPITERAStory anda? Layari YouTube SK-II untuk kemas kini terkini.
*Artikel ini dibawakan oleh SK-II. Reviu dan pendapat adalah pandangan peribadi penulis.
Artikel Berkaitan: Enam Selebriti ‘Bogelkan’ Wajah Dalam Kempen Baharu SK-II #BARESKINPROJECT