Kita sering fokus hanya pada penjagaan kulit sampai terlupa satu perkara penting, iaitu kulit badan juga perlukan perhatian yang sama. Apa gunanya wajah nampak glowing jika kulit badan terasa kasar, kering atau kusam?
Bodycare sebenarnya tidak perlu serumit rutin penjagaan kulit. Dengan produk yang betul dan urutan yang tepat, anda boleh membantu kulit badan kekal bersih, lembut dan cukup lembap.
Daripada waktu mandi sehingga sebelum keluar rumah, ini urutan produk penjagaan tubuh yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit yang\ mulus dan fresh.
1. Bersihkan Dulu Dengan Bar Soap

Sebelum masuk ke langkah-langkah lain, pastikan kulit benar-benar bersih daripada peluh, kotoran, minyak dan bakteria. Sabun buku boleh menjadi langkah pertama untuk membersihkan badan sebelum anda meneruskan rutin seterusnya.
Untuk memastikan bar soap kekal kering dan tidak berendam dalam air selepas digunakan, Fenty Skin Soap Dish RM49.00 boleh dijadikan teman di bilik mandi anda. Soap dish ini direka dengan saliran untuk memastikan sabun kekal kering, selain membantu memastikan ruang mandi lebih kemas.
Ia juga boleh digunakan semula, manakala kotak luar pelindungnya boleh dikitar semula. Jadi, bukan sahaja nampak cantik di bilik mandi, malah praktikal untuk kegunaan harian.
2. Scrub Untuk Kulit Lebih Mulus

Selepas membersihkan badan, jangan terus lompat ke langkah seterusnya. Sekali-sekala, berikan kulit sedikit rutin pengelupasan atau exfoliation untuk membantu menanggalkan sel kulit mati yang boleh membuatkan permukaan kulit terasa kasar dan kelihatan kusam.
OUAI St. Barts Scalp & Body Scrub RM115.00 menggunakan kristal gula untuk mengeksfoliasi kulit badan dan kulit kepala secara lembut. Kandungan panthenol dan glycerin membantu mengekalkan kelembapan, manakala minyak kelapa membantu menyuburkan kulit.
Scrub ini juga boleh membantu menyediakan permukaan kulit yang lebih mulus dan mengurangkan risiko rambut tumbuh ke dalam apabila digunakan dengan betul.
Bonusnya, wangian St. Barts dengan nota buah naga, orange blossom, tuberose dan Baltic amber membuatkan sesi mandi terasa seperti short getaway ke kawasan tropika.
3. Follow Up Dengan Hydrating Body Wash

Walaupun sudah menggunakan scrub, pencuci badan (body wash) masih boleh menjadi sebahagian daripada rutin untuk memastikan kulit benar-benar bersih. Kali ini, pilih formula yang bukan sahaja membersihkan, tetapi turut membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Sol de Janeiro Delícia Drench™ Shower Oil RM62.00 mempunyai formula oil-to-foam yang membersihkan kulit sambil membantu replenish skin barrier dan menyokong microbiome. Campuran minyak Brazil di dalamnya membantu membuatkan kulit terasa moisturised, lembut dan lebih touchable selepas mandi.
Menurut kajian persepsi pengguna yang melibatkan 104 peserta selepas sehari penggunaan, 99 peratus bersetuju kulit terasa hydrated ketika mencuci, manakala 98% mengatakan produk ini membersihkan kulit dengan lembut.
4. Beri Perhatian Ekstra Pada Ketiak

Ketiak mungkin bukan bahagian pertama yang terlintas apabila bercakap tentang bodycare, tetapi ia juga memerlukan penjagaan yang betul. Jika anda mahu kawasan ini kelihatan lebih smooth dan sekata, exfoliating toner boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rutin.
The Ordinary Glycolic Acid 7% Exfoliating Toner RM50.00 mengandungi 7 peratus glycolic acid, iaitu sejenis AHA yang membantu menanggalkan sel kulit mati serta memperbaiki penampilan tekstur dan ton kulit.
Untuk penggunaan pada ketiak, sapukan sedikit pada kulit yang bersih dan kering. Namun, jangan gunakannya pada kulit yang baru dicukur, sensitif, menggelupas atau mengalami iritasi kerana glycolic acid boleh menyebabkan rasa pedih dan lebih sensitif terhadap matahari.
5. Deodorant Bukan Untuk Pagi Sahaja

Selepas ketiak bersih dan kering, tiba masanya untuk deodoran. Menariknya, deodoran juga boleh menjadi sebahagian daripada rutin waktu malam kerana penggunaannya sebelum tidur memberi masa kepada sesetengah formula untuk bekerja ketika anda kurang berpeluh.
Salt & Stone Neroli & Basil Deodorant RM102.00 merupakan deodoran tanpa aluminium yang menawarkan perlindungan sehingga 48 jam. Ia mengandungi prebiotik untuk membantu meneutralkan bau, manakala ekstrak seaweed membantu melembapkan kulit.
Formulanya turut diperkaya dengan spirulina, antioksidan dan niacinamide. Bahan-bahan ini membantu menenangkan kulit, melindunginya daripada tekanan persekitaran dan menyokong skin barrier.
6. Jangan Tinggalkan Losen Badan

Sekarang kulit sudah bersih dan exfoliated, jangan biarkan ia begitu sahaja. Body lotion merupakan langkah penting untuk menambahkan kelembapan dan membantu kulit terasa lebih lembut, terutama selepas mandi.
Drunk Elephant Sili Whipped Body Lotion RM150.00 merupakan loses badan yang kaya antioksidan yang membantu melembapkan, menenangkan dan menyuburkan kulit. Ia mengandungi minyak tumbuhan daripada chia, green tea, flax dan marula seed.
Selain itu, squalane, sodium PCA dan campuran tiga ceramide membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan serta menyokong skin barrier. Centella asiatica dan ashwagandha root pula membantu menenangkan kulit yang kelihatan kemerahan atau tertekan.
7. Lock The Moisture Dengan Body Oil

Kalau body lotion memberikan kelembapan, body oil pula boleh menjadi langkah terakhir untuk membantu mengunci rasa lembap tersebut. Sapukan selepas lotion dan urut perlahan-lahan pada kulit untuk mendapatkan hasil yang lebih nourished dan berseri.
Sol de Janeiro Bum Bum Body Firmeza Oil RM265.00 direka untuk memberikan kelembapan mendalam sambil membantu kulit kelihatan lebih firm dan smooth. Ia mengandungi Guaraná Caffeine+ Complex™, micro algae extract dan Brazilian olive oil.
Teksturnya juga memberikan rasa moisturized tanpa terlalu greasy apabila digunakan dengan betul. Tambah pula wangian pistachio dan salted caramel yang lingering, memang sesuai untuk anda yang sukakan kulit wangi sepanjang hari.
8. Finish It Off Dengan Perfume Atau Body Mist
Rutin penjagaan badan belum lengkap tanpa signature scent. Selepas semua langkah tadi, pilih haruman atau body mist kegemaran untuk memberikan sentuhan akhir sebelum memulakan hari.
Satu tip yang boleh dicuba ialah sapukan sedikit petroleum jelly pada pulse points seperti pergelangan tangan sebelum menyembur minyak wangi. Lapisan ini boleh membantu mengurangkan kehilangan wangian daripada kulit, walaupun ketahanan haruman tetap bergantung pada formula dan jenis kulit.

Untuk aroma yang lebih sofistikated, Prada Paradoxe Eau De Parfum RM825.00 hadir dengan gabungan bergamot, tangerine, pir, neroli, jasmine, vanila dan white musk. Profil floral ambery ini memberikan aroma yang feminin, moden dan mudah dijadikan signature scent.

Kalau mahukan sesuatu yang lebih ringan dan fresh, Rare Beauty Awaken Confidence Body Fragrance Mist RM149.00 hadir dengan nota juicy peach dan fresh flower blossom. Ia turut mengandungi biotin dan niacinamide untuk membantu membuatkan rambut terasa lebih lembut dan berkilau, sementara kulit terasa mulus dan segar.
Artikel Berkaitan: 5 Tabiat ‘Underrated’ Yang Boleh Serlahkan Kecantikan Semula Jadi
