Pengacara, aktres dan ahli perniagaan tersohor, Neelofa berkongsi dua produk yang wajib digunakan dalam rejim penjagaan kulitnya setiap hari.
Jika mahukan hasilnya, kenalah bermula dari awal, jadi jika mahu wajah berseri-seri Aidilfitri nanti, anda tidak banyak masa lagi, mulakanlah dari sekarang. Selepas sekian lama tidak ‘bekerja’ dengan Neelofa, beberapa minggu sebelum menjelang Ramdan kami sempat berkampung di studio bersamanya. Penggambaran istimewa yang diselaraskan bersama label penjagaan kulit tersohor dunia, Lancôme mendekatkan kami dengan dua produk kesukaan Neelofa.
Apa yang istimewanya tentang penggambaran sempena kempen ‘Keceriaan Bersama Lancôme’ ini ialah kami menggandingkan Neelofa bersama adik kesayangannya, Athisha Khan. Menurut Neelofa, selepas membersihkan wajah dia akan terus mengoles wajahnya dengan Absolue Rose 80 Lotion, iaitu losen atau penyegar wajah yang mewah dengan bunga mawar. Losen ini bertindak untuk mencerahkan kulit, menyamaratakan ton kulit dan semestinya bagus untuk menghidrat dan menganjalkan kulit.
Neelofa lazimnya akan menitiskan sekurang-kurangnya 10 titis Absolue Rose 80 Lotion pada pad kapas dan kemudian dia akan menekap lembut pada wajahnya. Dia akan memulakan pada bahagian dahi, kemudian ke bahagian tengah wajah iaitu bermula dari hidung dan tarik keluar. Dia akan melengkapkan rutin dengan bahagian dagu dan rahang.
Apa yang menariknya losen ini sangat versatil, boleh dijadikan pupur muka (mask). Apa yang perlu anda lakukan ialah basahkan beberapa keping pad kapas dan litupi seluruh wajah dengannya. Hasilnya wajah lebih cerah, hidrat, ton sekata dan anjal.
Semua orang tahu Neelofa amat setia dengan Advanced Genifique Serum, itulah serum yang dioles pada wajahnya bertahun-tahun. Kata Neelofa serum ini adalah all-time-favourite nya. Apa yang buat Neelofa menyukainya? Serum ini mengandungi Bifidus Prebiotic, Hyaluronic Acid dan Vitamin C yang bertindak memperkuatkan pertahanan kulit agar ia kekal hidrat lantas menjadikannya berseri-seri.
Menurut Neelofa dia mengamalkan menyapu serum ini dua kali sehari, yakni pada waktu pagi dan malam. Kata Neelofa, keberkesanan serum ini boleh dioptimumkan dengan melakukan urutan wajah. Ada tiga langkah urutan yang menjadi amalannya, dan cukup mudah sekali.
Menurut Lancôme, bagi sesiapa yang menggunakan serum ini, perubahan pada kulit dapat dilihat dalam masa tujuh hari. Advanced Genifique Serum juga merupakan serum nombor satu di Lancôme.
Kedua-dua produk ini boleh didapati di butik dan kaunter kecantikan Lancôme, dan juga boleh dibeli secara dalam talian di pautan ini.
Tonton video eksklusif Neelofa bersama Athisha Khan untuk mempelajari teknik urutan wajah istimewa.