Dikenali sebagai model dan pempengaruh digital, Nina Amin mula mengorak langkah dalam dunia peragaan seawal usia 16 tahun. Namanya semakin dikenali selepas bergelar finalis Dewi Remaja 2019, sekali gus membuka lebih banyak peluang dalam industri fesyen dan kecantikan. Sejak itu, Nina terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara wajah pilihan pelbagai kempen jenama tempatan, dengan gaya yang sinonim dengan estetika minimalis, moden dan elegan.
Selain aktif dalam dunia peragaan, Nina turut menjadikan kecantikan sebagai sebahagian daripada gaya hidupnya. Menerusi perkongsian di media sosial, Nina sering berkongsi inspirasi fesyen, rutin penjagaan kulit serta produk kecantikan yang menjadi kegemarannya. Baginya, kecantikan bermula dengan kulit yang sihat sebelum disempurnakan dengan solekan yang menyerlahkan kecantikan semula jadi.
Sempena musim Beauty Awards, EH! menjemput pempengaruh digital berkongsi produk kecantikan yang benar-benar menjadi pilihan mereka. Kali ini, Nina Amin mendedahkan pilihan produk yang sentiasa menjadi andalan dalam rutin hariannya.
1. Pencuci Muka Pilihan: Cetaphil Soothing Face Wash
Rutin kecantikan Nina bermula dengan Cetaphil Soothing Face Wash. Dengan formulasi yang lembut pada kulit, pencuci muka ini membantu menanggalkan kekotoran dan lebihan minyak tanpa menjejaskan kelembapan semula jadi kulit, menjadikannya pilihan ideal untuk kegunaan harian.

2. Serum Pilihan: La Mer The Concentrate
Bagi memberikan penjagaan tambahan kepada kulit, Nina memilih La Mer The Concentrate. Serum ikonik ini menjadi antara produk kegemarannya untuk membantu menenangkan kulit dan mengekalkan wajah agar kelihatan sihat serta berseri.

3. Pelembap Pilihan: La Mer The Rejuvenating Night Cream
Sebagai langkah terakhir dalam rutin malam, Nina mengaplikasikan La Mer The Rejuvenating Night Cream. Formula yang kaya dengan kelembapan membantu menyokong proses pemulihan kulit ketika tidur agar wajah terasa lebih anjal dan segar pada keesokan pagi.

4. Lip Mask Pilihan: Laneige Lip Sleeping Mask
Untuk memastikan bibir kekal lembut dan terhidrat, Laneige Lip Sleeping Mask sentiasa berada dalam koleksi Nina. Dipakai sebelum tidur, mask bibir ini membantu mengurangkan kekeringan dan menjadikan bibir terasa lebih licin serta lembut apabila bangun pagi.

5. Syampu Pilihan: Thalasso Shampoo
Penjagaan rambut juga tidak pernah diabaikan. Nina memilih Thalasso Shampoo bagi membantu membersihkan kulit kepala secara menyeluruh, sekali gus membuatkan rambut terasa lebih segar, ringan dan mudah diurus.

6. Concealer Pilihan: Estée Lauder Concealer
Bagi mendapatkan asas solekan yang kemas, Estée Lauder Concealer menjadi pilihan Nina. Formulanya membantu menyamarkan cela dan lingkaran gelap di bawah mata sambil memberikan kemasan yang sekata dan natural.

7. Stick Blush Pilihan: Haus Labs Glassy Blush Stick
Untuk efek pipi yang segar dan berseri, Nina memilih Haus Labs Glassy Blush Stick dalam rona Rosette. Teksturnya yang mudah dibaurkan memberikan kemasan dewy yang menyerlahkan seri wajah.

8. Powder Blush Pilihan: Hermès Rose Hermès Blush
Melengkapkan solekannya, Nina turut menggunakan Hermès Rose Hermès Blush dalam rona 37. Pemerah pipi ini memberikan sentuhan warna yang lembut dengan kemasan natural, sesuai untuk penampilan harian mahupun majlis istimewa.

9. Setting Powder Pilihan: Huda Beauty Easy Bake Loose Setting Powder
Bagi memastikan solekan kekal sempurna sepanjang hari, Nina menggunakan Huda Beauty Easy Bake Loose Setting Powder dalam rona Pound Cake. Bedak ini membantu mengunci solekan, mengawal kilauan dan memberikan efek kulit yang lebih licin.

10. Losen Tangan Pilihan: Aesop Geranium Leaf Hand Balm
Bukan sekadar memberi perhatian kepada wajah, Nina turut menitikberatkan penjagaan tangan. Aesop Geranium Leaf Hand Balm menjadi pilihan untuk memastikan tangan kekal lembut dan terhidrat, di samping meninggalkan haruman herba yang segar dan menenangkan.

Artikel Berkaitan: Maya Letisha Kongsi 10 Produk Kecantikan Pilihan
