Sejak kebelakangan ini, gaya rambut noncommittal bob semakin kerap menjadi sebutan dalam dunia kecantikan terutamanya dalam kalangan mereka yang sudah lama teringin mencuba rambut pendek, tetapi masih dibelenggu rasa ragu. Ia tidak terlalu pendek, tidak ekstrem dan yang paling melegakan, jauh daripada drama hair regret.
Bagi kebanyakan wanita, keputusan untuk memotong rambut pendek bukan perkara kecil. Ia melibatkan keyakinan diri, keselesaan dan sedikit keberanian untuk keluar daripada zon selesa. Namun, dengan kemunculan noncommittal bob yang kini diramal sebagai trend rambut 2026, dilema itu terasa lebih ringan. Potongan ini meraikan fleksibiliti dan kecantikan yang tampak natural, tanpa perlu kelihatan terlalu try hard.
Apa Itu Noncommittal Bob?
Secara teknikal, potongan ini berada di antara bob pendek dan long bob atau lob. Panjangnya biasanya mencecah paras tulang selangka, cukup untuk memberi ilusi rambut pendek yang kemas, tetapi masih mempunyai panjang yang selamat untuk diikat atau digayakan. Berbeza dengan blunt bob yang tajam dan memerlukan penjagaan rapi, noncommittal bob lebih menekankan tekstur lembut, pergerakan semula jadi dan hujung rambut yang tidak terlalu perfect.
Seperti kita, selebriti juga mahukan gaya rambut yang fleksibel jadi, tidak hairanlah jika potongan ini menjadi kegemaran mereka kerana mudah digayakan untuk acara besar, tetapi tetap praktikal untuk rutin harian. Nama-nama besar seperti Zendaya, Hailey Bieber, Jennifer Aniston, Selena Gomez dan Dua Lipa sering dilihat bereksperimen dengan potongan ini, ada masanya beralun lembut, ada masanya lurus berkilat semuanya berpaksikan potongan asas yang sama.
Malah, ikon fesyen seperti Margot Robbie turut memperlihatkan bagaimana noncommittal bob boleh berubah mengikut suasana. Daripada gaya santai yang bertekstur kepada gaya sleek yang lebih formal, potongan ini membuktikan versatiliti sebenar sebuah potongan bob moden.
Produk Rekomendasi EH! Untuk Gayakan Potongan Noncommittal Bob;


Artikel Berkaitan: 7 Selebriti Wanita ‘Cute’ Dengan Gaya Rambut Bangs




