Jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat. Ketahuinya di rencana ini.
Gambar : Shutterstock
Ramai yang beranggapan jerawat tumbuh di muka kerana ketidakseimbangan hormon atau akibat tidak menjaga kebersihan wajah. Ada juga yang membuat kesimpulan bahawa pencuci muka yang digunakan tidak serasi dengan kulit.
Namun, ketahuilah kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula daripada dalam. Jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat.