Teks: Azliany Mohamad
Semakin lama wajah semakin membulat, sedangkan badan tidak pula berisi, apa cara yang boleh dilakukan untuk wajah kekal runcing?
Yang dahulu tulang pipi ketara menonjol, tulang rahang juga cukup sempurna garisannya namun semakin berusia dan tahap metabolisme yang kian rendah menyebabkan wajah dan badan semakin berisi.
Ungkapan “berat badan tidak naik, tapi muka pula semakin membulat” atau “makin lama hilang jawline/cheekbones” memang biasa didengari, malah kadang kala itu yang menjadi punca kita berdiet.
Namun kini dengan teknologi dan formula luar biasa dalam rangkaian produk kecantikan, untuk memiliki wajah runcing dan berbentuk semula tidak menjadi masalah. Malah saya sendiri mencuba senaman wajah yang saya praktik setiap hari.
Sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan aliran darah serta membakar lemak di bahagian tertentu. Saya juga mencuba beberapa produk dan rawatan untuk ‘lifting’ kulit. Hasilnya wajah tampak sedikit terbentuk, kulit kian menganjal tanpa perlu melakukan pembedahan plastik!
Cara terbaik untuk mengembalikan keanjalan kulit adalah dengan bersenam, penggunaan serum/rawatan wajah dan mengamalkan diet yang sihat.
1. Teknik menepuk dagu (tapping motion) menggunakan belakang tangan, juga setiap pagi, petang dan malam. Lakukan sebanyak 40 kali. Ini adalah bertujuan mengurangkan dagu berlipat (double chin).
2. Berteleku di bibir katil, tongkatkan dagu menggunakan telapak tangan, manakala siku di atas lutut. Lakukan ia setiap hari sebaik anda bangun pagi selama 10 minit, ini juga salah satu cara untuk mengurangkan dagu berlipat.
3. Lakukan aksi yang sama seperti di atas namun kali ini tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dgn telapak tangan), siku di atas lutut. Lakukan selama10 minit bermula dengan tekap di dahi, pipi dan diakhiri di dagu. Senaman ini bertujuan untuk mengurangkan muka sembap dan menaikkan tulang pipi.