Yang dinanti sudah tiba, jenama alat solek One Size yang diasaskan oleh YouTuber tersohor Patrick Starr akhirnya kini berada di Malaysia hari ini!
Patrick Star yang sudah mempunyai pengikut atau pelanggan tetap seramai 4.4 juta di YouTube melancarkan jenama alat soleknya sendiri Julai lalu di Amerika Syarikat. Dan bulan ini produk yang menerima sambutan hebat sejak dilancarkan ini akhirnya menghiasi rak-rak di Sephora di Malaysia juga di beberapa negara di Asia seperti Filipina, Singapura dan Thailand.
Menurut Patrick Starr yang sebelum ini pernah menjalin kolaborasi bersama jenama kosmetik gergasi dunia seperti M.A.C, dia mahu semua orang berasa dekat dengan jenama kosmetiknya ini. “Saya mahu semua orang melihat diri mereka dalam jenama mekap saya ini, tidak kira lelaki, perempuan, tua, muda.
Penampilan golongan transgender atau gay sebagai wajah penting dalam dunia kecantikan semakin diterima, tahun lalu menyaksikan James Charles menjadi lelaki pertama menjadi wajah kempen Cover Girl. Begitu juga dengan Marc Jacobs yang melamar Nikkie de Jager (vlogger) dilantik sebagai penasihat artistik global.
Menerusi koleksi awal ini, Patrick Starr memperkenalkan beberapa item dari bedak tabur, pembayang mata, bulu mata palsu hinggalah ke semburan wajah. EH! pilihkan empat produk untuk anda cuba sebagai permulaan. ON YOUR MARK, GET SET, GLOW!
Baca: Nikki Tutorial Akhirnya Dedahkan Jantina Sebenarnya
One/Size Ultimate Setting Powder, RM136– Jika anda pengikut setia video-video tutorial Patrick Starr anda mesti sudah maklum yang dia memang cukup mementingkan proses ‘baking’ dalam langkah bersolek. Jadi inilah rahsia solekan yang mampan dan flawless Starr. Must have!
One/Size Eye Popper Sparkle Vision Eyeshadow, RM100- Mahukan sesuatu yang lebih praktikal namun ada impak, pembayang mata dalam jenis cecair ini tampil berkilau dan punya pigmen. Hanya satu calitan untuk gaya penuh glamor.
One/Size Patrick Starrr Visionary Eyeshadow Palette, RM190– Anda hanya perlukan palet ini untuk gaya harian dan juga bila tiba mood untuk gaya yang ekstra. Be safe, and be bold!
One/Size Point Made 24-Hour Liquid Eyeliner Pen, RM86- Penggaris mata cecair yang hitam pekat pusam, tahan air dan tidak mudah comot. Ia juga mampu bertahan hingga 24 jam.