Oscar 2021 seakan memberi nadi baharu kepada acara karpet merah di majlis-majlis anugerah yang berlangsung sendu akibat pandemik ketika ini.
EH! memilih 10 penampilan memukau di Oscar 2021, baik dari segi solekan dan dandanan yang mencuri tumpuan lensa tahun ini. Ayuh mulakan!
Amanda Seyfried
Antara penampilan yang mendapat perhatian di Oscar tahun ini. Amanda yang tampil dalam balutan gaun merah Armani Prive menyempurnakan penampilannya dengan solekan yang tertumpu pada calitan gincu merah kusam. Solekan matanya pula beroles pembayang mata coklat gelap, manakalanya rambutnya disanggul belah tepi.