Inilah sensasi hidrasi dalam satu botol!
Kulit anda mempunyai tompok-tompok merah kotor? Kulit anda kasar, mengelupas dan merasa terlalu tegang? Adakah ia berminyak?
Jika jawapan anda adalah ‘benar’ ia menunjukkan kulit terlalu haus akan lembapan. Ada satu perkara penting yang perlu anda ketahui tentang perbezaan antara kulit dehidrasi dan kulit kering. Kulit dehidrasi adalah satu kondisi di mana kulit kekurangan air hanya pada satu ketika dan ia boleh dirawat. Manakala kulit kering adalah jenis kulit yang setiap orang mempunyai kelainan di mana kulit tidak boleh menghasilkan sebum dengan sendirinya.
Kulit kering dan tidak bermaya boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya pencemaran alam sekitar, stres, kurang tidur, merokok, kurang minum air dan banyak lagi. Memang benar bahawa menetap di iklim seperti di Malaysia serta kekangan kerja 9 pagi hingga 6 petang di dalam pejabat dengan penghawa dingin tidak semudah itu diterima oleh kulit kita. Juga betul yang kadang kala kita lupa untuk mengambil H2O yang cukup untuk badan.
Mujurlah ada jalan mudah untuk menjawab segala persoalan tentang keperluan buat kulit sentiasa hidrasi tanpa melakukan banyak cara, hanya melalui produk terbaru, CHANEL HYDRA BEAUTY Micro Sérum. Sebelum anda menyamakan ia dengan mana-mana serum yang lain, kami ada empat sebab yang terbaik akan buat anda jatuh cinta akan produk ini.
1. Kulit akan merasakan sungguh segar
Satu perkara yang terbaik di dalam formula CHANEL HYDRA BEAUTY Micro Sérum adalah microfluidic. Ia boleh dikatakan sesuatu yang baru di dalam sains dan ia merupakan sebab anda boleh merasakan sensasi lembapan seperti kesegaran air yang melekat di kulit wajah pada saat olesan serum.
Sensasi yang kian terasa itu juga merupakan hanya perlukan sebaran titisan mikro serum dengan pantas meresap ke dalam kulit.
Psst… Harumannya yang wangi juga menambah kekemasan terakhir pada kulit wajah.
2. Melindung kulit dari masalah dehidrasi
Syukur dengan formula yang terkandung blue ginger, dengan hydric yang berada pada kulit wajah melindungi kulit sepanjang hari dan malam. Ia merupakan satu bahan utama yang kaya dengan agen antioksidan yang menghalang radikal bebas sementara mencetuskan pertahanan buat kulit dari sebarang bentuk stres – termasuklah mana-mana punca yang mengganggu proses hidrasi kulit.
3. Kulit anda terasa lebih gebu
Bahan utama lain yang terkandung di dalam CHANEL HYDRA BEAUTY Micro Sérum ini adalah bunga kamelia dan kerana ia hanya perlukan titisan mikro, kesannya sungguh cepat dan cekap dalam membantu mengembalikan dan mengekalkan kandungan air dalam lapisan kulit, dengan itu ia mengimbangi kulit dengan lembapan yang sempurna cukup buat wajah.
4. Ia serasi dengan kulit
Oleh kerana kedua-dua formulanya adalah bebas alkohol dan surfactant-free, CHANEL HYDRA BEAUTY Micro Sérum sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.
Untuk informasi lebih lanjut mengenai CHANEL HYDRA BEAUTY Micro Sérum, sila layari http://hydrabeauty.chanel.com/en_SG
|