Teks : Razin Mohd
Rutin penjagaan rambut buat gadis berhijab bukan satu perkara yang boleh diambil remeh. Tanpa penjagaan dan perlindungan dengan baik rambut akan lebih mudah rosak, putus dan tampak tidak bermaya terutamanya di dalam lilitan hijab.
EH! percaya setiap wanita pasti inginkan rambut yang lebat, kuat dan bersinar tidak kiralah sama ada anda bertudung atau tidak, namun atas faktor masa, kerja dan tekanan ramai antara wanita mengambil mudah berkenaan hal penjagaan rambut. Biarpun lilitan tudung sudah cantik diikat tetapi jangan abaikan pula kesihatan rambut di dalamnya. EH! prihatin tentang masalah yang membelenggu gadis berhijab hari ini dan kami bariskan beberapa tip yang wajib dilakukan jika anda inginkan rambut yang lebih sihat dan bersinar.