Antara penyumbang kepada kekuningan gigi ialah pengambilan kafein berlebihan, merokok dan juga makanan yang berwarna. Jadi jalan penyelesaian kepada masalah gigi kuning ialah pemutihan gigi. Tetapi tahukah kamu pemutihan gigi tidak akan bertahan lama dan terdapat pantang larang selepas proses ini dijalankan.
Gambar: www.hollywoodwhitening.co.uk
1. Elakkan meminum minuman dan makanan berwarna dalam tempoh 24 ke 48 jam selepas pemutihan di jalankan. Begitu juga dengan rokok kerana gel pemutihan boleh memerangkap kotoran ketika ini.
2. Jangan gunakan lipstik sebaik selepas pemutihan kerana takut terkena gigi.
3. Tinggalkan makanan ringan kamu yang tidak berfaedah itu. Kerana pewarna dalam makanan tersebut boleh mencacatkan gigi kamu.
4. Jangan gunakan kit pemutihan yang dibeli di farmasi sebagai lanjutan kepada pemutihan yang kamu buat di klinik kerana takut bahan yang digunakan tidak sama dengan klinik.