Membersihkan mekap boleh jadi rutin paling melecehkan kerana ia memakan masa, tetapi Biore tampil dengan satu produk yang akan menyingkatkan proses ini dengan satu langkah cucian sempurna.
Apakah rejim paling asas dalam penjagaan kulit? Jawapannya mudah, pembersihan wajah secara menyeluruh. Jika anda tahu bagaimana mencuci wajah dengan sempurna, dan disiplin dalam langkah membersihkannya, impian memiliki kulit yang sihat mulus mampu direalisasikan.
Samalah dalam hal membersihkan mekap. Adakalanya bila terlalu penat dengan rutin harian, mungkin ada yang berasa malas untuk membersihkan solekan. Tambahan pula dalam situasi hai ini yang rata-ratanya bekerja dari rumah, banyak komitmen perlu dibahagi sama rata. Biarpun bertugas dari rumah bukan bermakna kita tidak perlu bersolek, tambahan pula banyak perbincangan dilangsungkan secara virtual dan biasanya mengambil masa yang panjang dan memenatkan. Tambahan pula, dalam keadaan pandemik, kebersihan jadi keutamaan. Tiap kali pulang ke rumah dari membeli barang dapur atau bersukan misalnya, membersihkan diri dengan segera adalah satu kemestian. Kita mahu melakukannya secepat mungkin. Masa untuk membelai diri tidak banyak dan perlu dilakukan dengan pantas. Bagi yang kerap bersolek, lazimnya memerlukan dua langkah membersih atau biasa disebut ‘double cleansing’, yang mana langkah ini rumit dan memakan masa. Jadi kita mahu sesuatu yang mudah, cepat dan mampu membersih dengan sempurna.
Pembersih Mekap Inovatif, Dari Buih Bertukar Krim, Pilihan Sempurna Sewaktu Mandi
Jenama penjagaan kulit tersohor dari Jepun ini tampil dengan Biore Whip Foam to Cream Speedy Makeup Remover yang mana ia berfungsi membersihkan solekan dengan sempurna hanya dengan satu langkah sahaja.
Biore Whip Foam to Cream Speedy Makeup Remover yang menjadi pilihan EH! ini dicipta dengan inovasi terkini yang mana tekstur buihnya akan bertukar menjadi krim apabila mula digosok pada kulit. Ia membersihkan apa jua jenis solekan, sama ada yang tipis (light makeup) mahupun tebal. Buih cucian mekap Biore ini menyingkirkan kesan kotoran juga kesan solekan termasuklah yang jenis tahan lama termasuklah yang berformula tidak mudah comot atau tidak melekat pada pakaian seperti kebanyakan kosmetik hari ini, baik bedak asas, maskara dan gincu bibir.
Satu langkah cucian sudah mencukupi untuk wajah dibersihkan sempurna tanpa meninggalkan sebarang sisa solekan. Saat wajah digosok lembut, lama kelamaan tekstur buihnya bertukar menjadi krim, dan itu petanda solekan sudah dibersih sepenuhnya, tanpa perlu melihat cermin atau menggunakan kapas muka, wajah dijamin dibersih sempurna. Semua ini boleh dilakukan sambil mandi.
Tambah menarik pembersih solekan ini tidak menggunakan minyak sebagai formula tambahan dan dilengkapi dengan aroma bunga-bungaan yang menenangkan lantas menjadikan pengalaman mencuci wajah itu lebih menyeronokan. Bukan hanya sesuai dijadikan sebagai pembersih solekan, ia juga sangat sesuai dijadikan sebagai pencuci wajah harian yang berkesan membersihkan sebarang kotoran mahupun kesan penggunaan produk pelindung UV dan sebagainya.
Cara Penggunaan Biore Whip Foam to Cream Speedy Makeup Remover
1- Picit tiga ke empat pam Biore Whip Foam to Cream Speedy Makeup Remover ke tapak tangan. Jumlah ini sudah memadai untuk satu cucian, dan tekstur buih berkrim membuatkan langkah membersih cukup mudah hanya dengan gosokan lembut.
2- Kemudian dengan pantas liputi seluruh wajah dengan buih pencuci tersebut.
3- Gosok perlahan wajah untuk membersihkan mekap, kemudian anda akan lihat solekan mulai luntur.
4- Selepas wajah digosok secara perlahan, lama-kelamaan anda akan sedar buih cucian bertukar terkstur menjadi krim, itu tandanya sesi cucian sudah selesai dan tiada lagi sisa solekan di wajah. Anda tidak perlu lagi melihat cermin untuk memastikan solekan sudah dibersih sempurna atau tidak. Ini sangat memudahkan.
5- Bilas wajah dengan air untuk menyudahkan cucian.
Jadi bagi anda yang tercari-cari pencuci solekan yang mampu membersihkan mekap dengan pantas dan mudah, boleh mencuba sendiri Biore Whip Foam to Cream Speedy Makeup Remover. Anda akan lalui satu pengalaman mencuci solekan yang cukup pantas, mudah dan dalam masa yang sama membuat wajah tidak kering dan berasa segar. Dapatkan Biore Whip Foam to Cream Speedy Makeup Remover pada harga RM37 di Guardian, Lazada, Shopee dan Watsons.
Artikel Berkaitan: 15 Soalan Cantik Bersama Eyka Farhana